November 2, 2010

Pada 27 Oct 2010, kami (Mohor Maju Ent.) telah menganjurkan pertandingan kuiz sempena Konsert Maher Zain di Malaysia.


Oleh itu, dengan bangganya kami menguar-uarkan pemenang bagi kuiz tersebut adalah, Danial Fahmi

Hadiah misteri yang di janjikan adalah, album kumpulan Inteam  sumbangan daripada InTeam Records.

mereka yang tidak memenangi kuiz ini harap lah bersabar ada banyak lagi hadiah menanti. Oleh itu juga, kami turut menyiarkan jawan saudara Fahmi di bawah ini

October 20, 2010

Sempena Maher Zain berada di Malaysia. Mohor Maju telah diberi peluang untuk merakam konsert tersebut. malang sekali, gambar-gambar itu akan di postkan kemudian.

Tetapi, Jangan bimbang. kerana kami ada hadiah untuk kamu. Hanya 1 pemenang sahaja yang akan memiliki hadiah tersebut.

Hadiah misteri dari Inteam Record. sesiapa yang berminat, sila beri jawapan untuk soalan-soalan di bawah:
- Konsert Maher Zain berlangsung pada?.
- Berikan nama artis-artis yang pernah berkerjasama dengan Maher Zain.
- berikan maksud sebenar lagu "Baraka Allahu Lakuma" dan ia ditujukan kepada siapa?
- Lagu "The Chosen One" diaspirasikan daripada apa?

Berikan slogan yang paling menarik dan tidak lebih daripada 40 patah perkataan
---------------
  • Pemenang akan dipilih melalui semua jawapan yang yang diberikan dengan betul dan slogan yang terbaik.
  • Kakitangan Mohor Maju Ent, @Raudhatus Sakinah, dan mereka yang terlibat secara atau tidak dalam konsert Maher Zain Media Tour Showcase dan ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan sama sekali sertai.
emailkan jawapan anda ke:
pengurusku@gmail.com

Tarikh Tutup:
31 October 2010
 
 
 

June 13, 2010

HARI KE-3 MISI'10


HARI KE-3-ISNIN, 7 JUN 2010.


Slot 1-Manusia & Kebenaran.


Alhamdulillah setelah selesai bersahur untuk puasa sunat Isnin bersama, solat subuh beserta tazkirah, dan halaqah, peserta Misi 2010 berkumpul di surau SRI Hira’ untuk slot pagi iaitu Manusia & Kebenaran (M&K) yang diberikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin. Hari ini merupakan permulaan bagi peserta MISI 2010 yang telah diberi kepada beberapa kumpulan (halaqah) beserta jawatan-jawatan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti dalam program seperti memasak, beriadah, bergotong-royong dan pelbagai lagi. Aktiviti memasak pula dibahagikan secara bergilir mengikut hari di antara ihkwah dan akhawat. Pada hari ini, giliran akhawat untuk memasak menu hidangan untuk hari ini.


Apa itu hak?


Dalam slot ini, Ustaz Muhaimin telah menjelaskan konsep takrifan kebenaran atau al-hak daripada pelbagai perspektif. Menurut beliau, al-haq dibahagikan kepada tiga perspektif iaitu:


Menurut ahli falsafah, haq atau dikenali sebagai kebenaran didefinisikan sebagai salah satu daripada tiga nilai yang paling utama selain daripada nilai kebaikan dan keindahan. Sebagai contoh, mamalia merupakan spesies yang berdarah panas, manakala ikan paus berdarah panas, maka ikan paus adalah sejenis mamalia. Contoh yang diberi ini tidak dapat dipertikaikan kebenaran fakta yang sedia ada, menurut pendapat ahli falsafah. Ahli falsafah merupakan golongan yang sentiasa ingin mencari kebenaran dan fakta tentang sesuatu.


Menurut ahli etika pula, kebenaran didefinisikan sebagai lawanan kepada kewajipan atau tanggungjawab. Menurut mereka, hak mestilah diiringi dengan kewajipan dan tanggungjawab. Sebagai contoh yang diberi oleh ustaz, seorang anak yang meminta haknya sebagai seorang anak yang tidak ditunaikan oleh seorang ayah, tetapi si ayah pula menafikan hak anaknya kerana anaknya tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang anak kepada seorang ayah. Menurut perspektif ahli undang-undang pula, kebenaran boleh diklasifikasikan sebagai medium untuk membincangkan tentang hak-hak. Sebagai contoh, seorang peguam akan mempertahankan hak anak guamannya manakala seorang hakim pula akan memberikan hak kepada golongan yang berhak.



Kenapa nak cari kebenaran?


Hak atau kebenaran perlu dicari atas sebab-sebab seperti yang tercatat:


1) Untuk mengenal erti kebenaran.

2) Wasilah untuk mengenali kebenaran.

3) Hubungan fitrah Manusia & Kebenaran.

4) Wasilah yang terjamin untk mengenali kebenaran.

5) Hubungan di antarawahyu dan akal.

6) Sumber untuk mendapatkan wahyu.


Slot 2-Sambungan Manusia & Kebenaran..


Slot manusia mencari kebenaran ll bermula pada 2.30petang hari yang sama. Ustaz Muhaimin menyambung penerangan mengenai bahagian kelima dalam buku karangan Yusuf Al Qaradhawi iaitu tentang rujukan manusia dalam mencari kebenaran. Beliau menerangkan bahawa tiada rujukan lain bagi pejuang haq melainkan Al-Quran seperti firman Allah dalam surah Huud, ayat 1. Kemudian Allah menegaskan dalam surah Al-Isra’, ayat 88, bahawa tiada siapa yang boleh mencipta kitab sebaik Al-Quran dan hanya Allah yang akan memelihara kesucian Al Quran sehingga hari kiamat.

Selepas itu, ikhwah dan akhawat MISI 2010 meneruskan lagi perbincangan dalam bahagian keenm yang berkisarkan menganai kesempurnaan Al-Quran dalam memimpin umat manusia mencari kebenaran hakiki. Perbincangan diteruskan lagi dengan fungsi akal manusia dan bagaimana akal memainkan peranan sementara dalam waktu yang sama selari dengan kitabullah.

Slot kedua Manusia Mencari Kebenaran berakhir jam 5petang. Disebabkan kekangan masa, tidak semua topik dalam tajuk ini dapat dibincangkan pada kali ini. Insyaallah jika diizinkan Allah, perbincangan seperti ini akan diteruskan lagi.


Slot 3-Latihan Dalam Kumpulan (LDK).




Slot pada malam tersebut telah diisi dengan aktiviti berkumpulan iaitu perbincangan mengenai isu- isu yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin yang bertajuk Manusia dan Kebenaran (M&K).

1) Setiap kumpulan membentangkan tajuk yang telah dibincangkan mengikut kreativiti masing- masing.

2) Semua peserta bekerjasama dengan mencurahkan idea dan pendapat mengenai tajuk yang dibincangkan.

3) Tajuk- tajuk yang ingin dibincangkan adalah berdasarkan sebuah buku yang bertajuk ‘ Bagaimana Manusia Mencari Erti Kebenaran’ hasil karangan Syeikh Yusuf Al- Qardawi.

4) Buku ini pada asalnya yang bertajuk annasu walhaqqu merupakan sebuah buku yang sangat menarik dan berilmiah. Keistimewaan buku ini tampak terserlah kerana penulis meyampaikannya dengan menggunakan kaedah perbincangan di antara seorang Tuan Guru yang mursyid dengan seorang penuntut yang setia.

5) Buku ini mempunyai 11 bab yang mana setiap bab dijelaskan dalam bentuk persoalan dan jawapan.


Kesimpulannya, pembentangan bagi setiap kumpulan dalam aktiviti LDK ini telah berjaya memberikan manfaat dan panduan yang berguna bagi setiap peserta kerana mereka berpeluang untuk menyampaikan hasil perbincangan dihadapan khalayak ramai dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan mereka.

HARI KE-2 MISI'10


AHAD, 6 JUN 2010
Slot 1 & 2- Public Speaking
Penceramah : Encik Awang Armadajaya
Konsep : Menyampaikan mesej kepada sejumlah manusia dengan cara lisan
Jenis-jenis :
1) Mengacara majlis.
2) Taklimat.
3) Pidato.
4) Pembentangan.
5) Perbahasan/perdebatan.
Penekanan :
1) Bahasa yang sesuai.
2) Mudah difahami.
3) Ringkas dan menepati tajuk.
Pada slot ini, penceramah telah memecahkan peserta kepada 2 bahagian iaitu bahagian pidato dan perbahasan. Setiap individu diwajibkan menyediakan teks yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Kemudian, penceramah memilih secara rawak individu yang perlu membentangkan hasil masing-masing. Seramai 5 peserta ikhwah dan 5 peserta akhawat telah dipilih dalam sessi ini.
Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Dewan diserikan lagi dengan lawak jenaka yang dilakukan secara spontan oleh setiap peserta.
Para peserta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang amat tinggi dan penting untuk jemaah menjaga serta memulihara du’at muda yg ada. Remaja perintis kemajuan ummah dan negara. ALLAHHUAKBAR!!.

June 11, 2010

MISI 2010







Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, Mukhayyam Intensif Siswa Siswi Islah 2010 (MISI'10) kembali lagi dengan program yang dapat meningkatkan pentarbiyahan setiap peserta yang menyertainya. MISI'10 kali ini lebih istimewa lagi dengan gabungan program MIZU, MISI beserta program GRUM. Seramai 120 peserta telah menyertai MISI'10 kali ini bertempat di SRI Hira' Batu Belah daripada 5 Jun-19 Jun 2010. Du'at Iltizam Membumikan Fikrah Islam, frasa yang menjadi motto pada MISI kali ini. Program yang dianjurkan oleh JIM kerjasama bersama KARISMA ini Insya-Allah bakal menjadi wadah bagi meningkatkan lagi pentarbiyahan anak-anak muda yang menjadi tunggak sebagai du'at yang beriltizam untuk menghidupkan fikrah Islam di maya ini. telah diperolehi.