June 11, 2010

MISI 2010







Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, Mukhayyam Intensif Siswa Siswi Islah 2010 (MISI'10) kembali lagi dengan program yang dapat meningkatkan pentarbiyahan setiap peserta yang menyertainya. MISI'10 kali ini lebih istimewa lagi dengan gabungan program MIZU, MISI beserta program GRUM. Seramai 120 peserta telah menyertai MISI'10 kali ini bertempat di SRI Hira' Batu Belah daripada 5 Jun-19 Jun 2010. Du'at Iltizam Membumikan Fikrah Islam, frasa yang menjadi motto pada MISI kali ini. Program yang dianjurkan oleh JIM kerjasama bersama KARISMA ini Insya-Allah bakal menjadi wadah bagi meningkatkan lagi pentarbiyahan anak-anak muda yang menjadi tunggak sebagai du'at yang beriltizam untuk menghidupkan fikrah Islam di maya ini. telah diperolehi.
SABTU, 5 JUN 2010- 9.30-12.30 PETANG.

Jam 9.30 pagi, pendaftaran dibuka kepada semua peserta oleh urusetia program MISI’10. Ada juga peserta yang diambil daripada stesyen Klang Sentral dan KTM Padang Jawa. Penempatan peserta adalah di kelas-kelas yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Peserta akhawat ditempatkan di dalam 4 buah kelas termasuk 1 kelas untuk urusetia manakala ikhwah 3 dibahagikan kepada 3 buah kelas termasuk urusetia. Urusan pendaftaran dibuka sehingga waktu tengah hari.

Slot 1-Mindsetting.
Slot pertama bagi para perserta misi adalah “mind setting” oleh Pak Cik Roslan. Dalam slot ini, Pak Cik Roslan yang sudah lama dalam gerak kerja dakwah memberi motivasi pertama kepada peserta. Kata-kata “What minds believe the body can achieve” merupakan kata-kata angkasawan Malaysia yang pertama, Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor.
Apa yang minda kita yakin, insya-Allah kita mampu untuk lakukan. Kita perlulah menghubungkan situasi kita pada masa kini iaitu dalam gerak kerja dakwah. Setiap perkara yang berlaku mesti mempunyai permulaan, begitu juga dengan program misi kali ini. Pak Cik Roslan memotivasi para peserta melalui pemikiran iaitu menjadikan Allah sebagai matlamat (ghayatuna). Apabila kita menjadikan Allah sebagai matlamat, segala pekerjaan kita adalah untuk islam.
Selain daripada itu, antara perkongsian yang dapat kita jadikan panduan dalam kehidupan kita sebagai daie ialah kita mestilah sentiasa mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang mendatang dalam menyampaikan risalah suci ini. Pak Cik Roslan agak veteran dalam dunia dakwah dan mempunyai banyak pengalaman pahit dan manis. Katanya “apabila kita mengimbau kembali sejarah silam perjuangan Rasullullah s.a.w, dan dihayati, secara tidak langsung tujuan kita berdakwah adalah untuk membangkitkan kembali empayar islam yang dahulunya hancur.”
Kata-kata akhir daripada Pak Cik Roslan, “dakwah sebagai platform untuk mempersiapkan diri dalam berhadapan dengan musuh-musuh islam”. Sekaligus membangkitkan semangat para peserta. Pesan beliau lagi sebelum kita hendak melawan musuh, kita kena kenal musuh dahulu...
Alhamdullilah selesai slot pertama, moga terus kuat untuk meneruskan program,,,
Salam mujahadah!!! Bangkitlah demi islam, “islam will shine , no matter what they (kufar) try to do”...


Slot 3- Tahsin Al-Quran.

Penceramah : Ustazah Asiah bt Shahar
Maksud : memperelokkan bacaan al-quran
Kita tak boleh gopoh gapah dalam membaca al-quran
“Sebaik-baik kamu adalah yg belajar al-quran dan mengajarkannya”. Allah sangat suka hamba-Nya yg berusaha membaiki bacaan ayat al-quran secara tepat di ambil daripada kata-kata Imam Al-Ghazali: Al-Quran adalah kitab yang akan cuba dirosakkan oleh orang kafir tetapi mustahil kerana Allah yang menjaga Al-Quran:

TAKRIM: Memuliakan Al-Quran.
TAKZIM: Mengagungkan Al-Quran.
HUDUR QULUB : Menghadirkan hati.
TADABUR MA’AN : Bertadabbur bersama-sama.
TAFAWUMIL AYAT: Memahami ayat.

Ustazah ada berpesan kepada setiap peserta untuk mempelajari ilmu sanad Al-Quran kerana di malaysia hanya sedikit sahaja golongan wanita yang mempelajari ilmu tersebut berbanding dengan lelaki.

Semangat ustazah dalam mempelajari ilmu sanad Al-Quran sangat tinggi sehingga beliau sanggup berhenti kerja sebagai seorang pendidik di sekolah islam Hira’ semata2 untuk meneruskan impian beliau bagi menghabiskan pelajaran sanad beliau.

Alhamdulillah, ustazah banyak menyedarkan kepada setiap peserta tentang kepentingan Al-Quran dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan kita. Insya-Allah, moga peserta MISI 2010 ini akan menjadi Du’at yang bersemangat untuk membumikan fikrah islam di alam ini dengan setiap ilmu yang diperoleh di program MISI’10 ini.

1 comments:

Detective Nimila said...

Semoga semua ikhwah dan akhawat bersemangat dan kuat dalam mempertahankan agama Allah!

JIHAD FI SABILILLAH!!! ALLAHU AKBAR!!

Post a Comment