Slot 1 & 2- Public Speaking
Penceramah : Encik Awang Armadajaya
Konsep : Menyampaikan mesej kepada sejumlah manusia dengan cara lisan
Jenis-jenis :
1) Mengacara majlis.
2) Taklimat.
3) Pidato.
4) Pembentangan.
5) Perbahasan/perdebatan.
Penekanan :
1) Bahasa yang sesuai.
2) Mudah difahami.
3) Ringkas dan menepati tajuk.
Pada slot ini, penceramah telah memecahkan peserta kepada 2 bahagian iaitu bahagian pidato dan perbahasan. Setiap individu diwajibkan menyediakan teks yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Kemudian, penceramah memilih secara rawak individu yang perlu membentangkan hasil masing-masing. Seramai 5 peserta ikhwah dan 5 peserta akhawat telah dipilih dalam sessi ini.
Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Dewan diserikan lagi dengan lawak jenaka yang dilakukan secara spontan oleh setiap peserta.
Para peserta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang amat tinggi dan penting untuk jemaah menjaga serta memulihara du’at muda yg ada. Remaja perintis kemajuan ummah dan negara. ALLAHHUAKBAR!!.
Pada malam hari kedua MISI 2010, para peserta telah dihidangkan dengan majlis ilmu yang dibawa oleh Ustazah Arfah. Ikhtilat atau dalam bahasa mudahnya bermaksud pegaulan antara lelaki dan perempuan yang melibatkan pandangan, komunikasi dan interaksi secara terus. Perbincangan ini dikira sangat penting bertepatan dengan cabaran para daie masa kini yang berdepan dengan masalah pergaulan yang salah di sisi Islam.
Slot ini mendedahkan bagaimana seharusnya seorang muslim berinteraksi sesama yang bukan muhrim menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Ustazah menegaskan mengenai pengharaman pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim beserta dalil-dalil pengharamannya. Antara hujah pengharaman yang dibincangkan ialah larangan wanita bermusafir tanpa ditemani muhrim, larangan berdua-duaan lelaki dan perempuan, dalil yang tidak mewajibkan wanita solat berjamah dan banyak lagi.
Ustazah juga mengupas bahawa terdapat pengecualian dalam hal ini iaitu dalam keadaan darurat sahaja. Kami juga membincangkan tips untuk mencegah ihtilat, antaranya:
- Mempercepatkan urusan
- Menundukkan pandangan
- Menundukkan hati
- Gunakan ayat yang ringkas dan padat
Pengisian kali ini diakhiri dendan peringatan kepada para peserta supaya berhati-hati dengan ikhtilat terutamanya dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. Sesungguhnya pengisian kali ini amat memberi impak kepada semua peserta dan harapan agar apa yang dipelajari akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
0 comments:
Post a Comment