February 23, 2010

TRAIN - U untuk Graduan MH-i.

Hebahan untuk sekalian graduan MH-i.

Tamrin KARISMA Zon Utara 2010,

 ( TRAIN - U ) 

25 - 28 Ferbruari 2010

Kompleks Pendidikan Al - Azhar, Jitra, Kedah.

RM 20 sahaja yurannya.

Slot :

Jalan Da'wah

Bekalan di Jalan Da'wah

Antara Jamiyyah dan Fardhiyyah

Talk Show Kaifa Ihtadaitu

Slot bersama JKP JIM

Bagaimana menyentuh hati

Da'wah Lapangan

dan banyak lagi....

        Walaupun tarikh bermula esok, namun esok merupakan hari pendaftaran, bermula 9 malam hingga 11 malam. Pengisian bermula hari Jumaat, 26 Feb 2010.

Jika berminat, call abang K segera.

p/s : yang berdekatan, janganlah tak datang pula.

February 18, 2010


Assalamu'alaikum wbt,

Buat pengetahuan ibubapa serta adik2 graduan MHi '09 yg disayangi sekalian, insyaALLAH program follow up secara adhoc telah dipersetujui utk dilaksanakan atas permintaan yg tinggi daripada kalangan adik2 graduan MHi yg dijadualkan seperti berikut:

Nama Program: Program Graduan MHi '09 Bersama Tokoh
Tarikh: 20 Februari 2010
Status Program: Tidak Wajib Tetapi Amat Digalakkan
Aturcara:
9.00am-12.00pm - Wacana Intelektual (Panel Forum: En Zaid Kamarudin & En Roslan Mohamad)
12.00pm-1.00pm - Lunch
1.29pm              - Zohor berjemaah
2.00pm-4.00pm   - Formula Kecemerlangan Peribadi Muslim (En Roslan Mohamad)
4.00pm-4.49pm   - Minum Petang
4.49pm              - Asar berjemaah
5.30pm-6.30pm   - Games Ukhuwwah
7.29pm-8.50pm   - Maghrib berjemaah & Kuliah Maghrib (Maulud Nabi) & Isyak berjemaah
9.15pm-10pm      - Dinner & Ramah mesra

Adik2 Graduan MHi ikhwah digalakkan tidur di Pusat Komuniti JIM (Ibu Pejabat JIM), Taman Melawati, KL.
Adik2 Graduan MHi akhawat sekiranya tinggal luar Selangor & KL digalakkan tumpang rumah adik2 graduan MHi akhawat yang tinggal di sekitar Selangor dan KL.


Sedikit Info Mengenai Wacana Intelektual:
Atas permintaan, program Wacana Intelektual yg buat julung2 kali diadakan, akan diadakan secara PERCUMA TANPA YURAN. Jadi marilah beramai-ramai hadir bagi mendengar dan menimba pengalaman Hj Zaid Kamaruddin-Presiden JIM yg pernah membacakan khutbah solat jumaat pada usia 19 Tahun. Berkerja dgn jamaah sejak balik Malaysia 1980an hingga kini...Dan Saudara Roslan Mohamad yg terkenal dgn usaha-usaha tekun beliau dlm mentarbiah warga kampus sejak awal2 penglibatannya dlm dakwah di kalangan pelajar. Beliau pernah membawa 8 usrah dlm seminggu ketika beliau belajar dahulu (menurut anak usrah beliau). HIngga kini walaupun sudah bekerja dan berpangkat besar beliau masih membawa 4 usrah dlm seminggu...Ayuh kita cungkil rahsia mereka!
 
Ketahui rahsia bagaimana mereka bermula dari kampus berada di jalan dakwah ini.


Khairul Fadhli Ismail (Abang K)
Warden MHi '09

February 16, 2010

1. Petikan daripada sistem pesanan ringkas yang dihantar pada 16 Februari 2010, 10.11 pm.



-----------------------------------------------------------------------------------------------
"As-Salamualaikum
 Sedikit puisi untuk antum,

Ukhuwwah fillah yang terjalin,
tak mudah untuk dikikis,
apatah lagi untuk diganti,
Malah ia sentiasa diingati,
buat kenangan indah
Untuk insan kerdil ini,
ukhuwwah fillah disuburi dengan doa,
Tanda antum sentiasa dalam ingatan,
ada peluang
insyaAllah kita akan bersua,
kerana jarak yang jauh bukan kekangan."
---------------------------------------------------------------------------------------------




2. Petikan daripada sistem pesanan ringkas yang dihantar pada 12 Februari 2010, 12.02 am.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
" tu la pepatah Melayu cakap, ( yang diubah sedikit ) 

Seorang fasi jaga dan ingat 39 adik-adik boleh
tapi 39 adik-adik nak jaga dan ingat seorang fasi tak boleh.

sadis jugak la, anyway, miss u kerana Allah."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


3. Sekadar satu perkongsian, moga kita terus doa-mendoakan sesama kita. Doakan kehidupan abang kita ini sentiasa dalam naungan redha Yang Esa. Aminn.

p/s : ayat bakal pengantin memang macam ni ke ummi ?













February 8, 2010

Vocab IBAN.

Berikut adalah serba sedikit perbendaharaan kata yang penulis dapat ingat semasa jaulah ke Song khususnya di rumah panjang. Moga dapat digunakan sebagai wadah da'wah satu hari nanti.

sput nadai                 : nafas terakhir
kemek                      : air kecil
tamak                       : masuk
pangsewut                : keluar
makai                       : makan
nyamai                      : sedap
aram                         : jom / mari
setai                          : semua
auk                           : ya / betul
capek                        : arak
uduwwa                    : anjing
busut                         : berus mandi



               Gerumung tamek bebendai gendang ( muzik tradisional Iban / muzik tarian ngajat )



                                                             busut ( berus gosok badan )



                                           aram makai setai ( jom makan, semua !! )




                                                                             capek




 Kalau yang lain ada tambahan bolehlah tulis di ruangan comment, begitu juga kalau ada yang di atas berlaku kesilapan. Sekian, terima kasih.
     Hari ini merupakan hari terakhir jaulah kami yang masih tertinggal di Borneo. Seribu satu rasa bercambur baur dalam hati kami. Rasa excited nak balik ada, rasa sedih nak tinggal kawan2 ada, semua ada! Pada sebelah pagi, kami dibawa ke pantai yang namanya Esplanet~btol ke tak ejaannya, xtau la...Ikhwah bermain futsal di tepi pantai manakala akhowat membina istana pasir.

     Sebelum memulakan aktiviti membina istana pasir, akhowat dikehendaki untuk tadabur alam terlebih dahulu. Kemudian aktiviti membina istana pasir pun bermula. Akhowat dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan bertungkus lumus membina istana pasir menggunakan barangan yang sedia ada sahaja. Kumpulan penulis menggunakan tayar untuk membentuk istana pasir~xtau la jadi bentuk apa..Setelah siap kedua-dua istana, kami dikehendaki untuk menghancurkan istana musuh kami.

    Alhamdulillah, kedua-dua istana tetap gah dan kukuh walau diserang. Bak kata Kak Wawa (Ukhti dari New Zealand), pembinaan istana ibarat pembinaan iman dalam diri kita, selagi ada masa kita perlu bina dan terus bina hingga kukuh.Walaupun sudah kukuh, masih banyak ancaman luar yang ingin menghancurkan, jadi kita haruslah berhati-hati dan sentiasa menyediakan benteng yang kukuh supaya iman kita sentiasa mantap...insya-allah...

    Bagi ikhwah, penulis tak tahu apa citer lawan bola, jadi tak dapat nak citer kat sini..~maaf...Pada sebelah petang, satu slot yang bertajuk "Ada Apa Dengan Cinta" telah diadakan. Seorang akhi yang digelar Dr Cinta telah mengupas tajuk ini dengan menarik. Beliau daripada UKM Bangi. Antara isi ceramah beliau ialah cinta terbahagi kepada 3; Cinta Mahmudah, Cinta Pertengahan ~x ingat pe nme de, Cinta Tercela.

    Cinta Mahmudah ialah cinta Allah dan Rasul, Cinta Pertengahan ialah cinta kepada manusia dan cinta tercela ialah cinta kepada Thaghut. Selepas itu, kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Semenanjung pada sebelah malam. Dalam waktu tersebut, akhowat sempat mengadakan aktiviti tukar2 kad ucapan sesama sendiri. Hampir semua akhowat mengalirkan air mata ketika itu~syahdu...

    Pada sebelah malam, selepas makan malam, kami semua mula bertolak ke lapangan terbang. 2 kumpulan pertama selamat berlepas kira2 jam 9 malam dan tiba kira2 11 malam. 1 kumpulan lagi yang terdiri oleh akhowat semuanya berlepas pada jam 11 malam dan tiba kira2 1 pagi. Sepatutnya kami bertolak pada jam 9.40, tetapi atas masalah yang tak dapat dielakkan, flight terpaksa ditunda hingga ke Jam 11 malam.

    Dalam keterujaan kami untuk pulang ke semenanjung, terdapat seorang ikhwah yang tertinggal flight dan terpaksa membeli tiket baru untuk penerbangan esok hari. Setakat yang penulis tahu, ikhwah ini sepatutnya pulang dalam penerbangan pertama(5 Feb) tetapi tertinggal juga. Pada 6 Feb, dia nak cari bag dia, bila dah tahu kat mana, pintu gerbang flight dah ditutup.Terbanglah bag dia sahaja tetapi dirinya tertinggal di Miri. Cerita selepas itu, penulis tak tahu, dah sampai kat sini ke belum ek???

    Sekian sahaja cerita kami sepanjang program di R2B , maafkanlah diri penulis kalau ayat tak berapa reti nak susun.Untuk gambar2, mungkin agak lambat sikit lagi...mohon maaf. Di sini, penulis mewakili peserta lain ingin memohon maaf dan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti kami...Syukran jazilan..Semoga usaha mak cik, pak cik,akak, dan abang di balas oleh Allah dengan Jannah dan perubahan positif kami...Insya-allah...