November 2, 2010

Pada 27 Oct 2010, kami (Mohor Maju Ent.) telah menganjurkan pertandingan kuiz sempena Konsert Maher Zain di Malaysia.


Oleh itu, dengan bangganya kami menguar-uarkan pemenang bagi kuiz tersebut adalah, Danial Fahmi

Hadiah misteri yang di janjikan adalah, album kumpulan Inteam  sumbangan daripada InTeam Records.

mereka yang tidak memenangi kuiz ini harap lah bersabar ada banyak lagi hadiah menanti. Oleh itu juga, kami turut menyiarkan jawan saudara Fahmi di bawah ini

October 20, 2010

Sempena Maher Zain berada di Malaysia. Mohor Maju telah diberi peluang untuk merakam konsert tersebut. malang sekali, gambar-gambar itu akan di postkan kemudian.

Tetapi, Jangan bimbang. kerana kami ada hadiah untuk kamu. Hanya 1 pemenang sahaja yang akan memiliki hadiah tersebut.

Hadiah misteri dari Inteam Record. sesiapa yang berminat, sila beri jawapan untuk soalan-soalan di bawah:
- Konsert Maher Zain berlangsung pada?.
- Berikan nama artis-artis yang pernah berkerjasama dengan Maher Zain.
- berikan maksud sebenar lagu "Baraka Allahu Lakuma" dan ia ditujukan kepada siapa?
- Lagu "The Chosen One" diaspirasikan daripada apa?

Berikan slogan yang paling menarik dan tidak lebih daripada 40 patah perkataan
---------------
  • Pemenang akan dipilih melalui semua jawapan yang yang diberikan dengan betul dan slogan yang terbaik.
  • Kakitangan Mohor Maju Ent, @Raudhatus Sakinah, dan mereka yang terlibat secara atau tidak dalam konsert Maher Zain Media Tour Showcase dan ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan sama sekali sertai.
emailkan jawapan anda ke:
pengurusku@gmail.com

Tarikh Tutup:
31 October 2010
 
 
 

June 13, 2010

HARI KE-3 MISI'10


HARI KE-3-ISNIN, 7 JUN 2010.


Slot 1-Manusia & Kebenaran.


Alhamdulillah setelah selesai bersahur untuk puasa sunat Isnin bersama, solat subuh beserta tazkirah, dan halaqah, peserta Misi 2010 berkumpul di surau SRI Hira’ untuk slot pagi iaitu Manusia & Kebenaran (M&K) yang diberikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin. Hari ini merupakan permulaan bagi peserta MISI 2010 yang telah diberi kepada beberapa kumpulan (halaqah) beserta jawatan-jawatan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti dalam program seperti memasak, beriadah, bergotong-royong dan pelbagai lagi. Aktiviti memasak pula dibahagikan secara bergilir mengikut hari di antara ihkwah dan akhawat. Pada hari ini, giliran akhawat untuk memasak menu hidangan untuk hari ini.


Apa itu hak?


Dalam slot ini, Ustaz Muhaimin telah menjelaskan konsep takrifan kebenaran atau al-hak daripada pelbagai perspektif. Menurut beliau, al-haq dibahagikan kepada tiga perspektif iaitu:


Menurut ahli falsafah, haq atau dikenali sebagai kebenaran didefinisikan sebagai salah satu daripada tiga nilai yang paling utama selain daripada nilai kebaikan dan keindahan. Sebagai contoh, mamalia merupakan spesies yang berdarah panas, manakala ikan paus berdarah panas, maka ikan paus adalah sejenis mamalia. Contoh yang diberi ini tidak dapat dipertikaikan kebenaran fakta yang sedia ada, menurut pendapat ahli falsafah. Ahli falsafah merupakan golongan yang sentiasa ingin mencari kebenaran dan fakta tentang sesuatu.


Menurut ahli etika pula, kebenaran didefinisikan sebagai lawanan kepada kewajipan atau tanggungjawab. Menurut mereka, hak mestilah diiringi dengan kewajipan dan tanggungjawab. Sebagai contoh yang diberi oleh ustaz, seorang anak yang meminta haknya sebagai seorang anak yang tidak ditunaikan oleh seorang ayah, tetapi si ayah pula menafikan hak anaknya kerana anaknya tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang anak kepada seorang ayah. Menurut perspektif ahli undang-undang pula, kebenaran boleh diklasifikasikan sebagai medium untuk membincangkan tentang hak-hak. Sebagai contoh, seorang peguam akan mempertahankan hak anak guamannya manakala seorang hakim pula akan memberikan hak kepada golongan yang berhak.



Kenapa nak cari kebenaran?


Hak atau kebenaran perlu dicari atas sebab-sebab seperti yang tercatat:


1) Untuk mengenal erti kebenaran.

2) Wasilah untuk mengenali kebenaran.

3) Hubungan fitrah Manusia & Kebenaran.

4) Wasilah yang terjamin untk mengenali kebenaran.

5) Hubungan di antarawahyu dan akal.

6) Sumber untuk mendapatkan wahyu.


Slot 2-Sambungan Manusia & Kebenaran..


Slot manusia mencari kebenaran ll bermula pada 2.30petang hari yang sama. Ustaz Muhaimin menyambung penerangan mengenai bahagian kelima dalam buku karangan Yusuf Al Qaradhawi iaitu tentang rujukan manusia dalam mencari kebenaran. Beliau menerangkan bahawa tiada rujukan lain bagi pejuang haq melainkan Al-Quran seperti firman Allah dalam surah Huud, ayat 1. Kemudian Allah menegaskan dalam surah Al-Isra’, ayat 88, bahawa tiada siapa yang boleh mencipta kitab sebaik Al-Quran dan hanya Allah yang akan memelihara kesucian Al Quran sehingga hari kiamat.

Selepas itu, ikhwah dan akhawat MISI 2010 meneruskan lagi perbincangan dalam bahagian keenm yang berkisarkan menganai kesempurnaan Al-Quran dalam memimpin umat manusia mencari kebenaran hakiki. Perbincangan diteruskan lagi dengan fungsi akal manusia dan bagaimana akal memainkan peranan sementara dalam waktu yang sama selari dengan kitabullah.

Slot kedua Manusia Mencari Kebenaran berakhir jam 5petang. Disebabkan kekangan masa, tidak semua topik dalam tajuk ini dapat dibincangkan pada kali ini. Insyaallah jika diizinkan Allah, perbincangan seperti ini akan diteruskan lagi.


Slot 3-Latihan Dalam Kumpulan (LDK).




Slot pada malam tersebut telah diisi dengan aktiviti berkumpulan iaitu perbincangan mengenai isu- isu yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin yang bertajuk Manusia dan Kebenaran (M&K).

1) Setiap kumpulan membentangkan tajuk yang telah dibincangkan mengikut kreativiti masing- masing.

2) Semua peserta bekerjasama dengan mencurahkan idea dan pendapat mengenai tajuk yang dibincangkan.

3) Tajuk- tajuk yang ingin dibincangkan adalah berdasarkan sebuah buku yang bertajuk ‘ Bagaimana Manusia Mencari Erti Kebenaran’ hasil karangan Syeikh Yusuf Al- Qardawi.

4) Buku ini pada asalnya yang bertajuk annasu walhaqqu merupakan sebuah buku yang sangat menarik dan berilmiah. Keistimewaan buku ini tampak terserlah kerana penulis meyampaikannya dengan menggunakan kaedah perbincangan di antara seorang Tuan Guru yang mursyid dengan seorang penuntut yang setia.

5) Buku ini mempunyai 11 bab yang mana setiap bab dijelaskan dalam bentuk persoalan dan jawapan.


Kesimpulannya, pembentangan bagi setiap kumpulan dalam aktiviti LDK ini telah berjaya memberikan manfaat dan panduan yang berguna bagi setiap peserta kerana mereka berpeluang untuk menyampaikan hasil perbincangan dihadapan khalayak ramai dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan mereka.

HARI KE-2 MISI'10


AHAD, 6 JUN 2010
Slot 1 & 2- Public Speaking
Penceramah : Encik Awang Armadajaya
Konsep : Menyampaikan mesej kepada sejumlah manusia dengan cara lisan
Jenis-jenis :
1) Mengacara majlis.
2) Taklimat.
3) Pidato.
4) Pembentangan.
5) Perbahasan/perdebatan.
Penekanan :
1) Bahasa yang sesuai.
2) Mudah difahami.
3) Ringkas dan menepati tajuk.
Pada slot ini, penceramah telah memecahkan peserta kepada 2 bahagian iaitu bahagian pidato dan perbahasan. Setiap individu diwajibkan menyediakan teks yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Kemudian, penceramah memilih secara rawak individu yang perlu membentangkan hasil masing-masing. Seramai 5 peserta ikhwah dan 5 peserta akhawat telah dipilih dalam sessi ini.
Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Dewan diserikan lagi dengan lawak jenaka yang dilakukan secara spontan oleh setiap peserta.
Para peserta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang amat tinggi dan penting untuk jemaah menjaga serta memulihara du’at muda yg ada. Remaja perintis kemajuan ummah dan negara. ALLAHHUAKBAR!!.

June 11, 2010

MISI 2010







Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, Mukhayyam Intensif Siswa Siswi Islah 2010 (MISI'10) kembali lagi dengan program yang dapat meningkatkan pentarbiyahan setiap peserta yang menyertainya. MISI'10 kali ini lebih istimewa lagi dengan gabungan program MIZU, MISI beserta program GRUM. Seramai 120 peserta telah menyertai MISI'10 kali ini bertempat di SRI Hira' Batu Belah daripada 5 Jun-19 Jun 2010. Du'at Iltizam Membumikan Fikrah Islam, frasa yang menjadi motto pada MISI kali ini. Program yang dianjurkan oleh JIM kerjasama bersama KARISMA ini Insya-Allah bakal menjadi wadah bagi meningkatkan lagi pentarbiyahan anak-anak muda yang menjadi tunggak sebagai du'at yang beriltizam untuk menghidupkan fikrah Islam di maya ini. telah diperolehi.

May 5, 2010

~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~

Di tangah2 kesibukan dengan bermacam agenda bagi menyempurnakan impian dan cita, dan di tengah syahdu melayan demam dan selsema serta diarrhea, terpanggil jari jemari ini untuk menghantar satu nukilan yang di copy paste daripada iluvislam.com . Mungkin ramai dah membaca cerita ini, tapi serius aku yang dah berkali-kali membacanya tak pernah jemu. Moga kita beroleh kebaikan. Selamat membaca.

~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~

April 29, 2010

PERCAYALAH

KFC and Komen - What the Cluck? (Take action now!)

 

(NaturalNews) We've exposed the marketing fraud behind the Susan G. Komen "Buckets For the Cure" sham and we've satirized it with a hilarious online video and lots of editorial, but today it's time to take action to let Susan G. Komen know their pinkwashing campaign has gone too far.

To help us accomplish this, we've teamed up with Breast Cancer Action (www.BCaction.org), which is one of the very few honest non-profits out there. Barbara Brenner, the executive director of Breast Cancer Action, said this about Komen for the Cure: "This [partnership with KFC] will keep them in business for years. They talk about a cure, but this partnership will create more breast cancer. And Komen knows this."

April 8, 2010

Dunia seni..

Cuma gerhana..tak lama dah tu..islam dipersada

Tak pernah serik dgn apa yang dikata.
Itulah manusia.Hidup dlm angan2nya.Lupa tentang impian dan cita2.

Kadang2, salah berkongsi idea.Tapi ini idea,idea otai punya.Idea perintis,pejuang,bkn petualang.Bkn calang2.Inilah kata2 al-Banna dalam kotak pemikirannya tentang pemuda.Mungkin anda,saya,kita atau mereka..4 rukun pemuda

April 2, 2010

~MilK n PrAyS.....

A young man had been to Wednesday Night Class of Quranic Studies. The Mualim had shared about listening to Allah and obeying Allah through intuition.  
 
The young man couldn't help but wonder, 'Does Allah still speak to people through intuition?'

After Lessons, he went out with some friends for coffee and pie and they discussed the message. Several different ones talked about how Allah had led them in different ways and that at the end you'll know it was Allah(SWT) Who has directed you.

March 22, 2010

Hantaran ini sekadar untuk 'menghidupkan' blog ini setelah sekian lama tidak aktif. Maaf buat mereka yang ternanti-nanti sesuatu yang baru daripada blog ini. Bukannya sengaja untuk membiarkan anda ternanti-nanti, namun .... ( isilah sendiri dengan ayat yang disukai dan dirasakan sesuai ..)

Ia hanyalah sebuah kisah yang telah di'forward' dan mungkin anda telah membacanya di mana-mana sebelum ini. Namun saya kira banyak yang boleh kita semua belajar daripada kisah ini.

March 5, 2010

Yahoo Group!

Bismillah + Salam

Dengan besar hati, mejemput

Graduan MH-I dan Penaungnya untuk

DAFTAR!!!


mhi_0910@yahoogroups.com


Khas untuk informasi baru, follow up, cadangan dan sebagainya

Tolong sebarkan pada kakak2/abang2 dan graduan lain.

Jazakallahu khairan kathira.

March 2, 2010

Meeting tergempar ?

Maklumat buat semua graduan MH-i, satu mesyuarat x-mhi akan diadakan bagi meneruskan kelangsungan pentarbiyahan pada masa akan datang. Butirannya seperti di bawah.

Tarikh
5 Mac 2010

Masa
9.00 pg - 12.00 

Tempat
HQ JIM Pusat

Kehadiran
Diwajibkan bagi MT yang telah dilantik.
Graduan lain juga digalakkan untuk hadir.

Pembimbing
Abang K.

Tujuan Mesyuarat
Meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Ikhwah jauh.
Bagi ikhwah jauh yang hendak hadir, boleh hadir seawal hari 
khamis di Shah Alam, rumah bujang abang K. Tolong maklum segera.

Akhawat jauh
Menumpang rumah akhawat yang dekat.Tolong maklum segera.

Maklumat lanjut boleh tanyakan kepada saudara Am dan Yasser. Harap maklum. Wassalam.


February 27, 2010

GIMANA IMAN KITA SIH...

Assalamualaikum….

Kaifa haalukum sahabat2 seperjuangan graduan mhi?
Pejam celik, pejam celik, dah sebulan lebih kita meninggalkan Kem Lembah Genting yang penuh kenangan tu. Masih ingatkah kalian akan nostalgia2 selama sebulan kita ditarbiyah disana? Hurm,, pasti tika ini semua graduan mhi dah kembali sibuk dengan rutin dan agenda masing2. Mungkin di driving school, kelas2 bahasa, kelas2 kemahiran atau sekadar menolong ibuayah di rumah..

Tapi, masih istiqamahkan kalian akan segala tarbiyah yang telah diterima di mhi? Masih penuhkan borang mutabaah amal kita setiap hari? atau sudah banyak yang lompang2?
Mari kita imbas serba sedikit jadual atau rutin harian kita di Kem Lembah Genting...



5.00 pagi          - bangun dan qiam
6.00 pagi          - solat subuh dan ma’thurat
6.45 pagi          - tadarus quran
7.15 pagi          - persiapan untuk breakfast, keluar pasar
                        - senamrobik / riadhah
9.00 pagi          - sarapan dan solat dhuha
9.30 pagi          - slot 1
12.30 t/hari       - break, persiapan lunch
                        - rehat
2.30 petang      - lunch
3.00 petang      - slot 2
5.30 petang      - break, solat asar, persiapan dinner
7.30 malam      - solat maghrib, ma’thurat, tazlim (tazkirah lima minit)
8.15 malam      - dinner
8.30 malam      - solat isya’
9.00 malam      - slot 3
11.00 malam    - resolusi dan muhasabah
12.00 t/malam  - syahid kecil


Persoalannya di sini ialah, masihkah kita istiqamah dengan semua amalan2 berbentuk rohaniyyah yang telah kita lazimi sepanjang sebulan di mhi? Kekalkah kita terus dengan amalan ma’thurat? Solat 5 waktu berjamaah? Puasa sunat isnin + khamis? Tadarus quran setiap hari? Amalan qiamullail? Amalan solat dhuha? Mendengar pengisian / tazkirah setiap hari?

Ingatkah kita lagi akan pesanan2 daripada warden tersayang, Abg K dan Abg Iqbal? Ummi tercinta, ummi jamaliah dan ummi salmi?

Marilah kita sama2 muhasabah sempena hari yang penuh mulia, Maulidul rasul ini..
Semoga segala pentarbiyahan di mhi tidak terus berakhir di situ tetapi tetap diteruskan oleh kesemua graduan mhi... Insyaallah !!!

February 24, 2010






Mesyuarat Agung  Graduan Madrasatul Hayah Islah 09




20 Februari 2010 



10.00 mlm

    

Kehadiran



Warden : 

Abg Khairul Fadhli bin Ismail, Kak Asma


Ikhwah :

Yasser, Yusuf, Muadz, Hamzah, Nasrullah, Sulaim, Izzaldin, Afifuddin, Rahman Azhar,Amir     Farhan, Hadi, Hamzah Norazmi, Helmi Ishak , Marwan, Awie, Dayat,  Rahman Rahim,


Akhawat

Asma Nahar, Nabilah, Assyahidah, Maariah, Asma Sahrim, Atikah AB, Zati Afifah




Carta Organisasi



Pengerusi 

Akram Shamsuri




Timbalan Pengerusi 

Yasser Zulkefli




Naib Pengerusi 

Hajar Hamidon



Setiausaha  1  

Ammar Jamil



Setiausaha 2 

Muslihah Razali



Bendahari  

Hadi Hamdy


Ahi JK :
( Bakal dilantik )


JK Logistik :

JK Teknikal :

JK Multimedia :

JK Promosi dan Perhubungan :

JK Kebajikan :

JK Tarbiah Pembangunan Sumber Manusia :









p/s : 

Tahniah buat yang dilantik, moga memipin dengan baik. Dan yang lain, harap memberikan sokongan dan kerjasama kepada yang telah dilantik. Sekian.