February 7, 2010

1 Feb 2010,Jungle Treking???

     Sepatutnya pada hari ini, kami mengadakan aktiviti jungle trekking untuk terus ke kampung orang Iban. Penulis berasa sangat2 nak tercabut kaki bila mendengar perkara tersebut. Alhamdulillah, aktiviti itu dibatalkan kerana rupa2nya, semua peserta tidak kira ikhwah atau akhowat dan macam tak rasa kaki dah selepas mendaki gua Niah...huhu

    Selepas makan tengahari, kami semua dengan berpakaian formal bergerak ke Asean Bintulu Fertilizer (ABF). Kami menaiki kenderaan yang dipandu oleh ikhwah dan akhowat Bintulu ke ABF. ABF merupakan anak buah syarikat PETRONAS. Perusahaan utama ABF ialah baja urea. Syarikat ABF terdiri daripada beberapa negara ASEAN. Malaysia adalah pemegang saham terbesar. Tujuan kami ke sana adalah untuk mendapat pendedahan mengenai kerjaya yang berkaitan dengan ABF.

   Pada sebelah malam pula, telah diadakan sesi perkongsian mengenai "Aktivisme" oleh akhi Firdaus Shah. Sesi beliau hanya berjalan sebentar sahaja kerana selepas itu telah diadakan acara penutupan, memandangkan malam itu merupakan malam terakhir kami di sana. Ucapan daripada pak cik Yacop mengakhiri majlis penutupan pada malam tersebut.Setelah itu, sedikit taklimat mengenai perjalanan kami ke Brunei telah diberikan oleh akhi Ammar.

0 comments:

Post a Comment