February 7, 2010

     Kenapa penulis bagi tajuk ni? Hal ini demikian kerana, penulis terdengar mak cik Ton borak2, lebih kurang beginilah dialog makcik "hari ni kite bole panggil kembara 3 masjid,3 muzium"...hehe, itulah ceritanya...Pada hari yang bertuah ini, kami berpeluang untuk melawat 3 masjid dan 3 muzium di Brunei...Memang tak dapat dinafikan semua masjid yang kami lawati di Brunei cantik dan tersergam indah.

     Bak kata ikhwah Brunei yang bawa van ( penulis tak ingat nama~sori), semua surau dan masjid di Brunei walau sekecil mana pun mesti ada air-cond. Agak mengagumkan. Salah satu muzium yang kami pergi ialah Muzium Teknologi Melayu Brunei,~rasa macam muzium kat Malaysia, memang melayu btol...muzium yang lain ialah muzium kebesaran Brunei ~x silap penulis la...Muzium kebesaran ni mempamerkan barang2 kebesaran diraja Brunei. Kami semua dikehendaki membuka kasut sebelum memasuki muzium tersebut.

    Selepas itu kami pergi ke muzium lagi yang penulis tak ingat nama ~hehe...  Selepas itu, kami berpeluang untuk ke pusat membeli belah di sana. Oleh kerana barangannya yang agak mahal dan tak mampu untuk dibeli, penulis dan akhowat lain hanya mampu mencuci mata melihat barangan yang ada di situ. Kira jam 4 petang, kami bergerak ke masjid yang terakhir pada hari itu dan beransur pulang.

    Pada sebelah malam, kami semua diangkut ke rumah ikhwah akhowat Brunei bagi menghadiri sedikit ceramah oleh Ustaz Salam mengenai dakwah di Malaysia. Ceramah yang begitu bersahaja dan berisi menyebabkan kami semua bersemangat untuk mendengarnya. Antara isi ceramah yang boleh penulis kongsikan ialah terdapat 5 tahap individu; 1: Manusia Awam (non-Muslim),2: Muslim Biasa, 3 : Muslim Komited, 4 : Muslim Daie dan yang ke-5 : Muslim Ekstremis .Kita haruslah menjadi Muslim Ekstremis dan menarik individu lain ke arah itu...insya-allah...

    Kemudian, kami pulang ke tempat penginapan kami dan bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia pada esok hari. Alhamdulillah atas segala kemudahan yang telah kurniakan kepada kami di Brunei....

0 comments:

Post a Comment