February 7, 2010

     Pengalaman ke gua Niah adalah pengalaman yang paling penulis tak sangka dapat mengalaminya. Sangat tak sangka gua yang selalu dipelajari dalam silibus sekolah dapat dilihat dengan mata kepala sendiri, bukan hanya dilihat dalam buku teks sekolah...chewah.. Perjalanan kami daripada Bintulu ke Niah mengambil masa kira2 2 jam. Kami bertolak selepas menikmati sarapan pagi. Kami menaiki kenderaan yang dipandu oleh ikhwah dan akhowat di Bintulu.
    Sesampainya kami di sana, kami menikmati makanan tengahari terlebih dahulu sebelum memulakan penjelajahan kami ke Gua Niah. Sebelum sampai ke trek perjalanan, kami perlu menaiki bot dengan tambang RM1...x sampai 5 minit pun...Perjalanan ke mulut gua mengambil masa kira2 1 jam dan dalam gua 1 jam jua. Keseluruhan perjalanan kami pergi - balik, mengambil masa 4 jam..rasa nak patah kaki penulis jalan...
  Bot ke gua niah

     Dalam gua, kami berpeluang melihat kelawar, tahi kelawar pun banyak...sampai licin trek kami, sepatutnya terdapat burung layang2 dalam gua tersebut tetapi penulis tidak berpeluang untuk melihatnya kerana keadaan gua yang terlalu gelap. Jika tiada lampu suluh, tak tau nak jalan camne. Banyak tangga2 yang melelahkan dan memenatkan...tapi macamana pun sungguh seronok..

    Tengah2 perjalanan, kami melihat ada orang menurunkan tali perlahan2 dari atas gua. Perjalanan kami terhenti seketika kerana menyangka orang itu mahu turun ke bawah. Tunggu punya tunggu, tapi tak turun pun. Selepas itu, akhi Ammar mengarahkan kami untuk meneruskan perjalanan kami. Kami pun meneruskan perjalanan kami. Penulis dan beberapa akhowat lain yang penuh enkuiri bertanya kepada akhowat di Bintulu  mengenai perkara tersebut. Rupa- rupanya itu merupakan aktiviti mengambil sarang burung layang2.

     Selepas keluar dari trek perjalanan, kami menunaikan solat jamak, zuhur dan asar. Kemudian, kami beransur pulang dengan bau yang sangat 'masyuk'...sian pemandu kereta nak tahan bau kami semua~haha. Itulah serba sedikit perjalanan kami di Gua Niah. Pada sebelah malam, sedikit sharing session tentang aktiviti dakwah remaja semenanjung dan Bintulu telah diadakan bagi pihak ikhwah manakala akhowat ditangguhkan ke hari esok.

0 comments:

Post a Comment