February 7, 2010

      Pada sebelah pagi, sepatutnya akhowat ada match bola jaring dengan akhowat di Bintulu tapi disebabkan kaki semua macam nak tercabut lepas pegi Gua Niah semalam, match terpaksa dibatalkan dan diganti dengan sharing session yang sepatutnya dijalankan semalam.Bagi ikhwah pula, perlawanan bola sepak tetap dijalankan dengan ikhwah di Kidurong.Alhamdulillah, ikhwah Mhi telah memenangi perlawanan ini dengan keputusan 6-3...Tahniah diucapkan....

Sharing moment akhowat Semenanjung dan Bintulu

      
taaruf
 
    Hai sahabat(nyanyi)

 Sebelum berpisah sempat bergambar

 Bola ikhwah
perlawanan persahabatan yang memusuhkan

   Selepas makan tengahari, satu slot yang agak menarik telah diadakan iaitu slot Aku Terima Nikahnya di Jalan Dakwah dan Pengalaman Dakwah di IPT. Slot ini diadakan secara berasingan bagi ikhwah dan akhowat. Ikhwah dan Akhowat yang lebih berpengalaman berkongsi pengalaman dengan kami semua. Sungguh indah cinta selepas kahwin dan betapa perlunya kita sebagai seorang daie memainkan peranan kita di IPT nanti, itulah yang dapat penulis konklusikan dalam slot ini.

                                    panelis " aku terima nikahnya di jalan da'wah "  untuk ikhwah.



    Pada sebelah petang pula, kami berpeluang untuk melawat kampung Penan Muslim. Sungguh menghayat hati melihat keadaan kampung tersebut. Sungguh dhaif dan hampir hancur, tiada elektrik atau air.... astaghfirullah... Kebanyakan anak2 di sana tidak bersekolah. Namun mereka menyambut kami dengan baik. Terdapat sedikit makanan dan hamper yang kami berikan kepada mereka, riak wajah mereka sungguh gembira~ syahdu...

    Pada sebelah malam, sharing session mengenai pengalaman di Kampung Penan Muslim telah dijalankan. Hampir semua peserta sebak dan syahdu pada malam itu.Selepas sharing session pada malam tersebut, sesi forum oleh 3 ikhwah di Bintulu iaitu akhi Faiz, akhi Yacop dan seorang lagi, penulis terlupa siapa~sori...telah diadakan. Tajuk forum pada malam tersebut ialah " Pengalaman Dakwah di Sarawak ". Selepas sesi tersebut, peserta dibenarkan untuk kembali rumah angkat masing2 untuk berehat.


Kampung Penan


sebahagian keadaan rumah

penemuan pasangan Milah

Kak Hasmila dengan anaknya, Aidil Zaquan.

sesi berborak dan taaruf.

pemberian sumbangan

Slot malam
panelis " da'wah di sarawak '



0 comments:

Post a Comment