February 7, 2010

     Alhamdulillah, pada hari ini kami berpeluang untuk pergi melawat ke Institut Tahfiz Bintulu. Berdasarkan taklimat yang diberikan semalam kami semua dikehendaki memakai pakaian yang formal. Dengan penuh bersemangat, semua peserta memakai pakaian yang formal. Setelah menikmati sarapan pagi, kami memulakan perjalanan kami ke Institut Tahfiz Bintulu yang rupanya berada di belakang tadika BK sahaja~terasa lucu pulak...haha....

    Di ITB,pada mulanya, perkongsian mengenai pengalaman bekerja di ITB dikongsi oleh Ustaz Syahid yang rupa-rupanya sedang menunggu keputusan SPM seperti kami. Setelah itu, kami diberikan penerangan mengenai ITB oleh mudir ITB iaitu Ustaz Huzaifah. ITB merupakan Institut Tahfiz yang menerima pelajar lelaki dalam lingkungan belasan tahun secara percuma.Kebanyakan kemudahan di sana di taja oleh orang ramai. ITB merupakan salah satu kawasan masjid Darul Hidayah.

    Kemudian, kami diberi pendedahan mengenai Sejarah Dakwah di Sarawak oleh pegawai HIKMAH iaitu ustaz Ariffin. Di Sarawak, terdapat kira2 24 peratus sahaja umat islam dan majoriti penduduk di Sarawak ialah Kristian. HIKMAH di Sarawak diumpamakan seperti PEKIDA di semenanjung...bak kata ustaz Ariffin...
Setelah itu, kami juga diberikan perkongsian mengenai pengalaman dakwah di Sarawak oleh Ustaz Ali Fathullah Harun.

    Ustaz Ali Fathullah Harun merupakan pengetua Madrasah Al-Quran yang kami lawati pada sebelah petang. Kami diberikan penerangan mengenai Madrasah tersebut. Madrasah tersebut hanya menerima pelajar lelaki sahaja.Terdapat juga tadika di dalam bangunan tersebut. Madrasah tersebut turut menyediakan kelas mengaji untuk penduduk sekitar. Setelah itu, kami dibawa berjalan ke sekitar Bintulu.

Depan Madrasah
       Pada sebelah malam, setelah menikmati makan malam di BK, kami menghadiri sesi taaruf bersama ikhwah dan akhowat di Bintulu.Ikhwah di dewan manakala akhowat di bilik sebelah dewan. Antara perkara yang wajib dikenali pada seseorang ialah ; nama, bila dan bagaimana bole kenal tarbiah dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Setelah habis sesi tersebut, kami semua pulang ke rumah angkat masing2 bagi bersiap-sedia untuk ke Niah keesokan harinya.

0 comments:

Post a Comment