Hari ini merupakan hari terakhir jaulah kami yang masih tertinggal di Borneo. Seribu satu rasa bercambur baur dalam hati kami. Rasa excited nak balik ada, rasa sedih nak tinggal kawan2 ada, semua ada! Pada sebelah pagi, kami dibawa ke pantai yang namanya Esplanet~btol ke tak ejaannya, xtau la...Ikhwah bermain futsal di tepi pantai manakala akhowat membina istana pasir.
Sebelum memulakan aktiviti membina istana pasir, akhowat dikehendaki untuk tadabur alam terlebih dahulu. Kemudian aktiviti membina istana pasir pun bermula. Akhowat dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan bertungkus lumus membina istana pasir menggunakan barangan yang sedia ada sahaja. Kumpulan penulis menggunakan tayar untuk membentuk istana pasir~xtau la jadi bentuk apa..Setelah siap kedua-dua istana, kami dikehendaki untuk menghancurkan istana musuh kami.
Alhamdulillah, kedua-dua istana tetap gah dan kukuh walau diserang. Bak kata Kak Wawa (Ukhti dari New Zealand), pembinaan istana ibarat pembinaan iman dalam diri kita, selagi ada masa kita perlu bina dan terus bina hingga kukuh.Walaupun sudah kukuh, masih banyak ancaman luar yang ingin menghancurkan, jadi kita haruslah berhati-hati dan sentiasa menyediakan benteng yang kukuh supaya iman kita sentiasa mantap...insya-allah...
Bagi ikhwah, penulis tak tahu apa citer lawan bola, jadi tak dapat nak citer kat sini..~maaf...Pada sebelah petang, satu slot yang bertajuk "Ada Apa Dengan Cinta" telah diadakan. Seorang akhi yang digelar Dr Cinta telah mengupas tajuk ini dengan menarik. Beliau daripada UKM Bangi. Antara isi ceramah beliau ialah cinta terbahagi kepada 3; Cinta Mahmudah, Cinta Pertengahan ~x ingat pe nme de, Cinta Tercela.
Cinta Mahmudah ialah cinta Allah dan Rasul, Cinta Pertengahan ialah cinta kepada manusia dan cinta tercela ialah cinta kepada Thaghut. Selepas itu, kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Semenanjung pada sebelah malam. Dalam waktu tersebut, akhowat sempat mengadakan aktiviti tukar2 kad ucapan sesama sendiri. Hampir semua akhowat mengalirkan air mata ketika itu~syahdu...
Pada sebelah malam, selepas makan malam, kami semua mula bertolak ke lapangan terbang. 2 kumpulan pertama selamat berlepas kira2 jam 9 malam dan tiba kira2 11 malam. 1 kumpulan lagi yang terdiri oleh akhowat semuanya berlepas pada jam 11 malam dan tiba kira2 1 pagi. Sepatutnya kami bertolak pada jam 9.40, tetapi atas masalah yang tak dapat dielakkan, flight terpaksa ditunda hingga ke Jam 11 malam.
Dalam keterujaan kami untuk pulang ke semenanjung, terdapat seorang ikhwah yang tertinggal flight dan terpaksa membeli tiket baru untuk penerbangan esok hari. Setakat yang penulis tahu, ikhwah ini sepatutnya pulang dalam penerbangan pertama(5 Feb) tetapi tertinggal juga. Pada 6 Feb, dia nak cari bag dia, bila dah tahu kat mana, pintu gerbang flight dah ditutup.Terbanglah bag dia sahaja tetapi dirinya tertinggal di Miri. Cerita selepas itu, penulis tak tahu, dah sampai kat sini ke belum ek???
Sekian sahaja cerita kami sepanjang program di R2B , maafkanlah diri penulis kalau ayat tak berapa reti nak susun.Untuk gambar2, mungkin agak lambat sikit lagi...mohon maaf. Di sini, penulis mewakili peserta lain ingin memohon maaf dan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti kami...Syukran jazilan..Semoga usaha mak cik, pak cik,akak, dan abang di balas oleh Allah dengan Jannah dan perubahan positif kami...Insya-allah...
February 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment