taklimat oleh En Khairul Bain.
hidangan haram
rumah panjang pun mermiliki astro tau
maniuk buluh
pengalaman hidup yang dikongsi
muzik untuk mengajat.
Kami disambut dengan begitu baik,mesra sungguh orang2 Iban di sana... Hanya terdapat 3 pintu sahaja penduduknya yang beragama muslim. Inilah perkara yang paling menghayat hati kami, mereka sungguh baik dan mempunyai akhlak islam tetapi malangnya tiada fikrah islam.Terasa diri seakan-akan terpanggil untuk kembali ke sana untuk mengubah segala-galanya~syahdu..Mereka menganggap kami seakan-akan keluarga mereka sendiri. Rasa sungguh diterima di sana~alhamdulillah..
Pada sebelah malam, kami dipersembahkan tarian Ngajat iaitu tarian tradisional kaum Iban. Agak menarik kerana dapat melihat tarian tersebut Live depan mata...tarian tersebut lebih menyerupai gerak geri burung..Terdapat topi yang akan dipakai oleh penari, apabila dipakaikan topi tersebut, seseorang itu harus melakukan tarian dan kemudian menyerahkan topi tersebut kepada orang lain.. Antara peserta yang menjadi mangsa ialah saudara Akram~sungguh lucu.
Penulis dan beberapa akhowat bermalam di rumah salah seorang muslim di sana, berikut dialog yang berlaku di pagi yang hening ;
kak H : M, tolong kejutkan mak cik ni solat subuh.
M : tak nak r, cuak r, akak r kjut,x berani r...
kak R : kjut r kn
kak H : (menadah tangan)Bismilahirrahmanirahim......
M dan kak R : (melihat penuh mengharap)(x sengaja tergelak sikit)
Kak H : mak cik,mak cik, bangun solat subuh mak cik (dengan penuh kelembutan)
Makcik : (melihat kami dan tidur semula)
Kak H,kak R dan M : ( berusaha mengejut)
makcik : ( akhirnya bangun)
Kak H,kak R dan M : ( alhamdulillah....tp..aik???)
makcik : ( pegi dapur buat air rupanya)
Kak H,kak R dan M : ya allah...
Begitulah peristiwa yang berlaku di pagi hari di sana, sungguh syahdu melihat perkara tersebut,ditanya waktu solat pun tidak tahu bila apatah lagi mengerjakannya...astaghfirullah...dalam rumahnya terdapat beberapa botol arak....hampir kesemua peserta apabila ditanya ada keinginan untuk datang ke sana lagi menjawab ya tanpa ragu-ragu. Semoga cita2 kami tercapai...insya-allah
3 comments:
siapa yang berani bongkar ini cerIta?... arghhh.!!!
haa? menari eh..
haha,sori Akram, tersengaja..hehe..
Post a Comment