February 7, 2010

     Pada hari ini, kami meneruskan jaulah kami ke Bintulu. Dari Kapit, kami menaiki bas terus bergerak ke Bintulu. Berita baik pada hari ini, perjalanan kami ke Brunei boleh diteruskan kerana sistem di Bintulu yang lebih memudahkan kami dalam pengurusan passport untuk ke Brunei...alhamdulillah....

     Kami tiba di Bintulu kira2 jam 5 petang di tadika Brilliant Kindy bersebelahan Masjid Darul Hidayah. Akhowat bersiap-siap di Tadika BK manakala ikhwah bersiap di Masjid DH. Pada sebelah malam, setelah menikmati makanan malam yang disediakan oleh ikhwah dan akhowat di sana, kami diberikan taklimat mengenai perjalanan aktiviti kami di sana. Taklimat tersebut diberikan oleh akhi Faiz. Setelah itu, semua peserta dibenarkan untuk berehat sebagai persediaan untuk aktiviti keesokan hari.

    Akhowat bermalam di Rumah akhowat iaitu, Mak Cik Haziah dan kak Irah manakala ikhwah pula bermalam di Masjid Darul Hidayah.

0 comments:

Post a Comment