February 8, 2010

     Pada sebelah pagi, kami semua dibawa ke kedai cenderahati. Kami semua berpeluang untuk membawa pulang beberapa cenderahati untuk ahli keluarga dan rakan2 di Semenanjung. Kemudian, kami dibawa ke pusat membeli belah di Miri. Selepas itu, kami pulang ke rumah angkat masing2. Pada hari ini, beberapa kumpulan ikhwah angkat berangkat pulang pada sebelah malam.

     Rumah yang akhowat diami lebih dekat dengan lapangan terbang, jadi semua ikhwah berpindah ke rumah tersebut dan akhowat pula dikehendaki berpindah ke rumah sebelah. Alhamdulillah, rumah yang akhowat diami merupakan rumah bujang bakal2 guru sekolah rendah di Miri. Beberapa kumpulan ikhwah mula bertolak ke lapangan terbang pada jam 8 malam manakala ikhwah yang lain bermalam di rumah mak cik Balkisnah. Akhowat pula semuanya masih tinggal di Miri dan bermalam di rumah bujang bakal guru~hehe..


                                                                        jom borong  !
                              

                                                            suasana dalam rong reng




                                                                      alahai bucuk2


                                                         bertukar no telefon dan emel




                                                                   suka la tu balik awal


     Pada sebelah malam, bagi peserta yang masih tertinggal di Miri, satu slot yang dikendalikan oleh akhi Saiful telah diadakan. Slot berkenaan mengenai 'Ghulam dan Raja'. Beberapa ikhwah melakonkan watak2 dalam hadis tersebut. Antara barisan pelakon tersebut ialah ; Mohsin sebagai Ghulam, Awi sebagai raja, Akram sebagai rahib dan seorang lagi sebagai ahli sihir~ maaf,penulis tak ingat sape...

     Apa yang penulis dapat simpulkan melalui cerita tersebut ialah betapa pentingnya peranan remaja untuk menjadi penerus dakwah islami...Walaumacamana sukar pun ranjau dakwah, namun dakwah harus diteruskan tak kira apa . Semoga kami menjadi remaja2 yang mampu mengenggam tanggungjawab ini...amin....Selepas slot tersebut, kami pulang ke tempat penginapan masing2 dan beristirehat sebagai persediaan untuk aktiviti esok hari.

0 comments:

Post a Comment