February 7, 2010

Aisi mai kat aku. ( Kembara LCCT )

(Kisah ini adalah petikan daripada blog penulis. Untuk edisi lengkap dan bergambar sila ke blog penulis di bloglist di kanan ni.)


Sebetulnya tajuk coretan ini ialah, " IC, MyKad aku ! ". Ya, mungkin tajuk diatas agak pelik, namun ia adalah disengajakan kerana cerita ini yang agak , bukan agak, sememangnya terlampau sedih dan menggoncang jiwa. Jadi, teruskan membaca.


Tatkala tarikh di kalender pada hari ini menunjukkan 25 Januari 2010, maka seawal jam 8.45 pagi aku segera bersiap untuk ke LCCT bagi menghadiri Road 2 Borneo yang merupakan sambungan program Madrasatul Hayah Islah yang telah diadakan selama sebulan di Kem Lembah Genting. Program ini merupakan satu jaulah kami, para peserta MH-i untuk mempraktikkan segala teori da'wah dan tarbiah yang telah dijalani selama sebulan.

Ummi dan abah yang menghantarku ke LCCT, perjalanan selama hampir 45 minit itu berakhir kira-kira jam 10 pagi. Tidak ramai yang sudah sampai waktu itu. Batang hidung Mr K pun masih tidak kelihatan. Maka aku pun turunkanlah segala bag yang dirasakan perlu untuk dibawa ke Borneo sana. Setelah sesi berborak pak cik mak cik dan pengurusan perjalanan selesai, maka aku pun terus berangkat ke kaunter 'check in'.Seperti prosedur biasa, sebelum check in, semua peserta diminta untuk mengeluarkan IC atau MyKad masing-masing. Dengan keyakinan tahap naga aku pun keluarkanlah apa yang diminta dari dalam dompetku.


" Eh mana pula IC aku ni, emmm... terselit kat bahagian lain kot, ehh tak adalah. Sekejap... mungkin dalam sampul ni rasanya, ehh tak ada juga! Peliknya, mana pula aku selitkan benda ni, ? Haa, dalam Qur'an, ..! Pun tak ada. Ya Allah, takkan hilang pula. Cuba ingat balik,, Akram. Emmmm dekat mana ? Ya Allah, tolong aku.Subhanaallah !!! Tertinggal dalam "printer" !!! Haah, masa aku print nak buat salinan IC."

Sebaik sahaja aku sedar hakikat IC aku tertinggal dalam printer di rumah, perkara pertama yang menerjah pemikiran ialah," Hangus duit mak ayah aku " Membazir macam tu sahaja " Ingat senang ke nak cari RM 500" Macam mana aku nak ganti ni ? " Arggh anak derhaka betullah aku ni, tahu menyusahkan orang tua sahaja"Aku tak kisah sangat pergi Borneo tu, atau malu dengan kawan-kawan sebab tak dapat pergi, atau tak dapat naik flight. Semua tu, apalah sangat. Namun bila teringat perjalanan itu telah dibayar oleh Mak Ayah dengan duit hasil kerja mereka siang malam, jantung aku macam rasa nak tercabut. Kenapalah aku ni b***h sangat. Jaga IC sekeping tu pun tak larat.

(Kisah ini adalah sebahagian petikan daripada blog penulis. Untuk edisi penuh dan bergambar sila ke blog penulis di link bloglist .)

2 comments:

Post a Comment