Setelah itu, kami memulakan perjalanan kami ke Brunei. Seramai 45 orang menaiki bas manakala 6 orang lagi menaiki van yang dipandu oleh ikhwah dari Brunei. Sesampainya kami di Brunei, kami menunaikan solat Jamak Zohor Asar terlebih dahulu di salah sebuah masjid di sana. Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke tempat penginapan kami iaitu Hotel Jeruton, Jerudong, Bandar Seri Begawan.
salah satu hidangan menarik di Perhentian Bintulu
balang ular yang disertai nombor ekor dan duit untuk memohon tuah.
tempat isi perut.
tukar duit Brunei. Mahal woh.
Abang K yang kembali ke alam kanak-kanak.
selamat tinggal Malaysia. welcome Brunei.
banyak sekatan.
akhirnya tiba di Brunei.
no comment.
Pada asalnya, kami sepatutnya bermalam di hotel semalam sahaja, manakala malam seterusnya bermalam di rumah ikhwah akhowat Brunei, tetapi akhirnya kami bermalam selama 2 malam di hotel tersebut. Pada sebelah malam, kami dibawa ke pasar malam di sana, kami semua diberikan wang sebanyak 2 Ringgit Brunei setiap seorang oleh ikhwah akhowat Brunei.
Jujurnya, penulis berpendapat Brunei lebih Melayu daripada kita di Malaysia. Di mana2 kita boleh lihat tulisan jawi, kalimah2 zikir seperti alhamdulillah, subhanallah diletakkan sebagai papan tanda di tepi jalan sebagai peringatan. Kos hidup di Brunei mungkin agak tinggi berbanding kita di Malaysia, tetapi rakyat di sana mendapat banyak subsidi daripada kerajaan.Walaubagaimanapun hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri....~btol ke nh??
Selepas itu, kami kembali ke tempat penginapan kami dan beristirehat untuk aktiviti esok hari.
3 comments:
wahh..teringin nk gi brunei..
tringin nak tidur kat masjid brunei.
barang brunei mahal2...better jgn beli
Post a Comment