January 6, 2010

Pada sebelah pagi, kami menunaikan qiyamullail di masjid As-Syakirin. Setelah itu, kami bersiap-sedia untuk kembali ke Kem Lembah Genting. Pada pukul 10 pagi, kami bertolak. Allhamdulillah, kami sampai di Kem Lembah Genting pada pukul 12 tengahari.Sampai sahaja di sana, pihak ikhwah bersiap-sedia untuk bersolat Jumaat manakala akhowat merehatkan diri.

Pada sebelah petang,kami mendengar ceramah yang diberikan oleh Ustaz Hafizudin yang bertajuk “Hubungan Silang Jantina”.Ceramah ini menerangkan tentang ikhtilat iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan.Semua peserta menumpukan sepenuh perhatian dan mengambil nota isi-isi penting.

Pada sebelah malam,kami mendengar ceramah yang diberikan oleh Ustaz Hafizudin.Ceramah beliau berkisar tentang 4 adab iaitu Silaturrahim,Maaruf Itu Adalah Sedekah,Percakapan Yang Baik dan Larangan Menghina Orang Lain. Semua peserta mendengar dengan teliti dan mengambil nota isi-isi penting.

0 comments:

Post a Comment