January 27, 2010

21 Jan 2010 Flying Fox

Pagi tu puasa sunat. Bersahurkan nasi goreng kampung khas dari ikhwah. Namun, seperti biasa, sahur lewat dan tidak kurang juga ada yang tak sempat sahur sebab terlewat bangun. Mungkin kepenatan kerana program Survival semalam. Terngiang-ngiang lagi kata abang Khairul, " Memanglah Rasulullah galakkan sahur lambat, tapi tak ade lah sampai tahap kritikal macam ni. Lagi dua tiga minit nak azan baru sahur..." Kata Abang K sambil tersenyum.

Slot pagi itu dimulakan dengan slot Abang Ammar Mohd Zain dengan tajuk Takrif Dakwah. Slot ni dimulai dengan Abang Ammar menulis beberapa nama di atas sehelai kertas mahjong dan meminta para peserta supaya menceritakan tentang kisah2 mereka. Antara nama itu ialah,

-Ali bin Abi Talib
-Muhammad Al-Fath
-Usamah bin Zaid
-Muadz dan Muawwadz
-Ibnu Abbas
-Hassan dan Hussain
-Mus'ab bin Umair
-Asma' bt. Abu Bakar
-Nusaibah bt. Kaab
-Aisyah bt. Abu Bakar

Abang Ammar juga membentangkan tentang aspek2 dakwah seperti maksudnya, objektifnya, tujuannya dan lain-lain...

Petang itu, slot asal sepatutnya Flying Fox(FF) pada pukul 2 petang, tetapi telah ditangguhkan dek hujan yang lebat dan kilat yang menyabung. Namun slot petang itu di isi dengan slot First Aid oleh pihak kem.

Slot pertama ialah bantuan kecemasan kepada mangsa lemas yang dikendalikan oleh Abang Jin. Awi telah menjadi diminta untuk memperlakonkan watak 'mangsa lemas' dibantu oleh Murshid. Gelagat Awi dan Abang Jin memang mengundang tawa dari semua pihak. Akhawat hanya mampu menutup-nutup mulut menahan tawa. Abang Jin mengajar kami bagaimana untuk menggunakan CPR dan ECC.

Seterusnya giliran Abang Adnan dan Kak Alang menjadi pengendali untuk slot mengendalikan mereka yang dalam kecemasan seperti patah tangan. Sekali lagi Awi menjadi pelakonnya. Selepas itu, tiba giliran Abohmu memberikan sedikit 'ceramah motivasi' kepada kami.

Hujan akhirnya renyai-renyai. Selepas solat Asar, lebih kurang pukul 5 petang, Sarjan dan abang Jin tetap dengan sesi FFnye. Masih terasa hujan yang menitik di atas kepala. Untuk pergi ke puncak FF punye 'tempat terjun' (ana tak tahu ia dipanggil ape..heheh..), kami terpaksa meredah sungai yang berwarna teh susu. Akhawat sempat lagi bergurau untuk menghidangkan 'teh' tersebut, cuma tambah gula saja untuk rasa sebab warna dah ada.

Mulanya ramai yang menyangka meredah sungai itu biasa saja, tapi bila sampai di hujung, kami terpaksa menahan diri kami sekuat yang mungkin untuk melawan deras air sungai. Para akhawat mula khuatir melihat para ikhwah yang tinggi, tetapi air sungainya sudah takat dada. Bagaimana dengan akhawat yang rendah?? Gulp...

Selesainya ikhwah,tiba giliran akhawat. Kekuatan yang tidak seberapa mana terpaksa dikumpul demi melawan arus yang ganas sampai ada yang terpaksa dibantu kerana hampir ditewaskan. Alhamdulillah, semuanya dapat sampai ke puncak 'tempat terjun' dengan selamat...

Aktiviti FF dimulai dengan para ikhwah. Akhawat terpaksa menanti lama giliran mereka untuk terbang. Jam menunjukkan pukul 6.50 petang. Akhawat melihat bilangan ikhwah yang masih ramai, 'Masih adakah peluang untuk kami sampai ke bawah sebelum berbuka?' detik hati akhawat. Akhirnya, entah macam mana, Abang Jin membenarkan akhawat untuk turun dulu dan membiarkan ikhwah yang masih ada untuk bersabar. Dalam kegembiraan akhawat, terselit kerisauan, 'Macammana kalau ikhwah pandang2 kita?' Namun, akhawat terus maju dengan berpendapat, ikhwah baik2 belaka.

Ketika memakai harness, kedengaran Nabihah menjerit kepada ikhwah, 'Pandanglah belakang!' dalam loghat ganunya. Hahah..

Lepas tu, seorang demi seorang akhawat naik ke pengkalannya dan 'terbang'..  

Yes, I'm flying without wing... (nyanyi sikit...)

Akhirnya ketika akhawat yang kelima last turun, azan pun berkumandang. Kesian ikhwah2 dan akhawat2 yang masih di atas. Terpaksalah mereka menahan lapar lagi. Ana tak tahu mereka berbuka dengan apa di atas sana.

Selesai membersihkan diri, kami pun berbuka. Hidangan berbuka malam itu entah kenapa nampak begitu menyelerakan. Alhamdulillah, kami berbuka dengan penuh kesyukuran setelah penat meredah sungai yang ganas dan 'terbang'.

Malam itu, slot diteruskan dengan slot Abang Qayyim Hafidzi. Juga merupakan abang kepada salah seorang ikhwah, Mawardi Hafidzi. Slot abang Qayyim berseri dengan adanya dialog2 yang serupa setiap masa,

 Ikhwah: "Abang! Parkour , Parkour! "

Abg Qayyim: " Heh, parkour tu ape? "


Lawak sungguh...

Abang Qayyim membentangkan slot bertajuk Sejarah bermula dengan maksud sejarah itu sendiri. Antara isinya ialah, hubungan antara sejarah dengan pohon, sifat sejarah, sejarah tetap berulang dan banyak lagi. Slot ini mengajar kita betapa pentingnya sejarah itu untuk dipelajari dan diingati.

Slot abang Qayyim ditangguhkan buat malam itu lebih kurang pukul 11 malam. Slot itu disambung pada keesokan harinya.

2 comments:

Unknown said...

bukan rendah tapi kurang tinggi je.kan akhawwatt.lalala.

Miss Mus said...

ade la jugak yang tinggi.. lebih kurang 4 5 orang kot..

Post a Comment