January 6, 2010
28 disember 2009 [ hari kedua – Isnin ]
Posted by
geng duat
at
2:03 AM
Hari kami dimulakan dengan qiyamullail dinihari sebagai persediaan asas seorang dai’e yang unggul. Diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah. Pada paginya kami disajikan dengan sarapan pagi yang lazat disediakan oleh tukang masak kem yang mesra. Slot pertama MH-i kali ini dikendalikan oleh abg Bai bagi slot ta’aruf. Kami juga diperkenalkan dengan lagu tema “Gelombang Keadilan” dan beberapa lagu semangat yang lain. Lagu tema tersebut dicadangkan oleh abg Khairul dan lagu ini juga diperkenalkan oleh MISI. Abg Bai kemudiannya telah membahagikan ikhwah dan akhawat kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi taaruf. Pada waktu tengahari, semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan ikhwah dan 2 kumpulan akhwat. Kami diajar memasak oleh chef * dan dibantu oleh makcik-makcik yang profesional. Beberapa menu seperti tomyam, kari ayam, telur dadar dan sayur* telah kami siapkan untuk dinikmati bersama. Selepas maghrib kami menikmati makan malam di dewan makan. Slot pada malamnya adalah ceramah bertajuk “Saya Sebagai Muslim”. Kami diterangkan mengenai tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment