January 12, 2010

10 jan 2010

Pagi kami dimulakan dengan slot “career talk” yang disampaikan oleh pakcik Abdul Jalil Abdullah,kaunselor UTP. Pada awalnya,pakcik menekankan tentang bagaimana untuk membina generasi cemerlang duniA + Akhirat. “Ada apa dengan dunia dan akhirat?”,lontaran persoalan oleh pakcik abdul jalil membuatkan kami berfikir sejenak. “Ha, ada apa ye?”. Akhirnya persoalan tersebut terurai bahawa duniA dan Akhirat ada ‘A’. Pakcik membina semangat dan motivasi diri kami bahawa kita mestilah mendapat A untuk dunia dan akhirat. Pakcik juga menekankan kita mestilah membuka minda melalui penerokaaan.

Slot diteruskan dengan penarangan tentang peluang pembelajaran yang terbuka luas pada masa kini. Kami didedahkan tentang flow ke IPT selepas SPM. Sebenarnya kita bukan sahaja terikat dengan memasuki pusat asasi, pusat matrikulasi atau diploma sebelum menggenggam segulung ijazah tetapi, masih banyak cabang dan ruang untuk ke IPT. Yang penting mestilah tidak berputus asa dan mempunyai minat untuk menambah ilmu. Bak kata pepatah Arab, man jadda wajada, waman zaro’a hasoda.

Seterusnya, kami dikehendaki membuat pembentangan dalam kumpulan tentang minat setiap orang terhadap bidang yang ingin diceburi selepas SPM, faktor pemilihan, halangan yang dihadapi dan langkah mengatasi. Pelbagai jenis kursus yang telah dibentangkan yang menunjukkan peserta MH-I mempunyai minat yang berbeza dan berfikiran jauh.

Sebelum slot berakhir, pakcik memperkenalkan sejenis permainan yang menguji minda dan kreativiti kami iaitu permainan ‘ paku terapung’. Kami dikehendaki meletakkan 10 batang paku di atas sebatang paku yang telah dilekatkan ke bongkah kayu.


 Kumpulan akhawat berjaya menyelasaikannya terlebih dahulu dan ini menunjukkan bahawa akhawat lebih kreatif daripada ikhwah. Kesimpulan daripada permainan ini ialah kami dikehendaki sentiasa meneroka peluang yang ada baik di depan mata ataupun tidak. Kita juga mestilah sentiasa bertanya kepada orang yang lebih mengetahui jika tak tahu. Pakcik juga menggalakkan kami sentiasa melayari jobstreet.com untuk mengetahui peluang pekerjaan yang ada yang dapat diceburi jika kita mempelajari sesuatu course.

Malam itu, kami bersiap dengan berpakaian sukan sebelum makan malam kerana telah sedia maklum tentang aktiviti seterusnya iaitu NightWalk. Ada yang excited dan ada juga yang ketakutan(adala sesetengah akhowat tu…).

Night Walk bermula lebih kurang pukul 10.00 malam. Sebelum itu, kami telah di’scan’ untuk memastikan tiada sesiapa yang membawa handphone ataupun torchlight. Kami beratur di dataran Kem Lembah Genting sambil menunggu arahan Abang Jin a.k.a Tok Jing(akhowat je yang gelar gitu…). Seperti biasa, ‘take cover’ akan berlaku. Habis je pembacaan doa oleh Aqram, kami terus dipandu oleh Abang Jin, Sarjan, Kak Alang,beberapa org pembantu lain, Kak Erit,Abg Khairul dan Abg Iqbal menyusuri jalan yang tidak pernah kami lalui sebelum ini, iaitu di belakang sungai. Itulah permulaan pengembaraan kami.
Program yang dijangka habis pada pukul 3 pagi ini bermula dengan satu suasana yang sejuk. Masa terus berlalu dan kami terus berlalu dengan sebahagian ikhwah di depan, akhowat di tengah, dan sebahagian ikhwah lagi di belakang disuluhi cahaya bulan dan torchlight pemandu-pemandu kami. Setelah perjalanan demi perjalanan, sampailah kami di satu lading kelapa sawit. Di dalam ladang itu, kami semua disuruh duduk di pinggir jalan dengan ikhwah dan akhowat saling berhadapan (dun worry, jarak antara kami jauh dan masa tu gelap, tak nampak muka pun…).

Di situ, sesi muhasabah oleh Abang Khairul dan Abang Iqbal pun dilaksanakan. Ucapan yang diberi memang menyentuh sanubari. Rugilah bagi mereka yang mendengar dengan ego dan keras hati. Di sini, ‘mereka; diberi peluang untuk berubah, tapi setelah dua minggu, perangai yang sama masih ada. So, abang Khairul dan Iqbal minta agar berubah dengan ikhlas dan jangan menjadi mangsa.

Setelah itu, Abang Khairul, Iqbal dan Kak Erit, diminta untuk meninggalkan kami di situ bersama Sarjan dan lain-lain. Beberapa akhowat mulai cemas (heheh..apakah yang bakal terjadi?*evil*). Kami akan dilepaskan seorang demi seorang ke dalam ladang itu, kata Abg Jin. Ikhwah dilepaskan seorang demi seorang, tetapi akhowat dibenarkan berdua. Ramai yang termasuk di dalam lubang yang penuh dengan air lumpur. Perjalanan itu berakhir apabila kami bertemu jalan keluar iaitu jalan raya.

0 comments:

Post a Comment