January 14, 2010

Pagi dimulakan dengan sarapan yang sungguh "biasa". Roti dicicah mentega beserta gula. Walaupun agak lain juga (aka "simple) tapi sarapan tetap sarapan. Chef pada pagi itu merasakan yang tema pada hari itu ialah "simple but superb".

Pada jam 9.30, kami dikumpulkan di dewan bagi sesi "speakers" corner.

Basyeer sebagai MC
Arif, yang menceritakan tentang zaman rempitnya dan bagaimana dia telahpun insaf (Alhamdullillah, moga Allah berkati dia), kemudian Adib yang menceritakan mengenai bola sepak (sekali lagi) yang mana wujudnya pelbagai taktik dan strategi.

Slot speakers corner semakin hangat dengan cerita Arif dan zaman rempitnya tetapi terpaksa ditunda kerana Penceramah untuk slot ABJK, iaitu Ummi Ros dan Ummi Yus.

"Anda Bijak Jauhi Zina"

Suatu frasa yang sering kita dengar tetapi tidak menghayati. Semua peserta (lebih-lebih lagi ikhwah) telah memberi perhatian 200% pada slot ini kerana ilmu yang akan disampaikan. Bermuqaddimahkan lagu "Flying without wings" oleh westlife, suatu detik untuk menghayati slot ini tertanam kedalam kita semua (harap-harapnya begitulah).

Ummi Yus dan Ummi Ros telah mendiskusikan Pertukaran remaja apabila meningkat umur:
  • Perubahan Fizikal
  • Perubahan Emosi dan pemikiran-yang membawa kepada "mood swing", tahap kewarasan dan kematangan serta tekanan cinta (ya, ini memang sering berlaku)
  • Narcisma-iaitu ketagihan cinta
Seterusnya ialah mengenai budaya hedonism. hedonism ialah suatu budaya yang mementingkan keseronokan.
"Plesure is the highest good,
Whatever causes pleasure is a right"

itulah moto mereka. Ummi telah membincangkan bagaimana budaya ini menghakis keagamaan dalam remaja dan mendorong remaja kearah kemaksiatan, lebih-lebih lagi zina. Muka depan surat khabar terpampang dengan gambar remaja melakukan maksiat: rempit, coupling, lepak dan zina. Semua ini bertentangan dengan ajaran islam yang membawa kita kepada keseronokan di akhirat sana.

Persoalan yang timbul: Ada apa dengan cinta?
Cinta adalah penggerak
yang menjadikan kita orang yang terbaik

atau
Orang yang terburuk

Ummi menyatakan yang cinta agung ialah:
  • Cinta Kepada Allah
  • Cinta Kepada Nabi dan Rasul
  • Cinta kepada ibubapa
  • Cinta kepada ummah
  • Cinta kepada kecemerlangan
Antara akibat melakukan zina adalah seperti gugur anak, penyakit kelamin, dan AIDS. Ummi Ros mengakhiri slot ABJZ dengan muhasabah diri dengan cerita-cerita Rasullullah yang membebankan dirinya demi menjaga ummatnya. Slot ini berakhir pada jam 1 tengah hari.

Pada jam 3.30 petang kami sambung "speakers corner " (minta maaf kerana terlupa siapa yang berucap), dan seterusnya dengan latihan futsal untuk malam ini.

Ana terlupa untuk beritahu yang malam ini akan diadakan perlawanan futsal (bagi ikhwah) dan badminton (bagi akhwat). Sejurus selepas solat Isya' berjemaah, kami bergegas menukar pakaian untuk aktiviti ini yang akan berlangsung di luar kawasan kem kita.

Ikhwah berduyung-duyung mencari tempat duduk dalam bas, walhal akhwat menaiki kereta. Alhamdullillah tempat yang kami akan mengadakan perlawanan futsal dan badminton adalah tempat yang bagus fasilitinya, dengan padang futsalnya sendiri diluar dewan beserta kedai kopi di depan.

Dalam perlawanan futsal itu, kumpulan dibahagikan mengikut kumpulan task yang sedia ada, dengan tambahan kumpulan bagi abang-abang fasilitator dan ahli JIM. Perlawanan yang pertama telah bermula dengan hangat apabila kumpulan Alpha-ace mengalahkan kumpulan Brainstorm dengan gol 5-1 (ni bukan salah Hadi ye). Suatu perlawanan liga diadakan antara semua pasukan supaya semua orang dapat bermain. Antara perlawanan yang susah untuk dilupakan ialah perlawanan antara pasukan Ikhwah dan kumpulan fasilitator. Perlawanan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran "Ustaz" Khairul bagi membantu pasukan fasilitator.

Pada jam 12 tengah malam tepat bas kami telahpun tiba dan Abang Khairul berlari kesana-kemari memanggil supaya semua peserta gegas masuk bas. Semangat tinggi dalam aktiviti riadah ini harap dapat disematkan dalam kehidupan seharian.

Beralih pula ke gelanggang akhawat. Ana tersalah tadi. Akhawat jugak bermain futsal dalam gelanggang tertutup sebelah gelanggang terbuka ikhwah. Makcik Salmi(wanita JIM Hulu Selangor) telah dijemput sebagai penjaga gol. Pasukan akhawat telah bermain dengan begitu bersemangat. Kedengaran lah suara riuh-rendah mereka lantaran terlalu happy dapat bermain futsal atau lebih tepatnya dapat keluar melihat dunia luar dan tak hanya terkongkong di kem lembah genting. Walaupun ada yang baru first time main, namun kepakaran dan bakat terpendam mereka tetap terserlah mengalahkan pasukan ikhwah. Kalaulah ada match antara ikhwah dan akhawat, tak mustahil pasukan akhawat akan memenanginya kerana mereka ada bakat2 terpendam yang tak mampu diluahkan dan ditonjolkan di khalayak umum.

Pada sudut yang lain pula, nun jauh di atas pentas gelanggang tertutup futsal, kelihatan lah beberapa orang akahawat yang sibuk bermain badminton. Siap buat pertandingan secara beregu lagi. Geng kamceng main badminton ialah marhamah,asma' nahar,hani,zati,aishah,hajar,maariah,muslihah,khadijah dan k.erit. Dan yang selebihnya bermain futsal(asma' sahrim,siti,musfirah,nabihah,syahida,assyahida,nabilah,roy,aishah dan marwah). Akhirnya pertandingan badminton yang berlangsung di antara akhawat telah diganggu oleh kehadiran ikhwah yang ingin bermain futsal di gelanggang akhwat. Dan kami hanya tawakkufkan match badminton tu tanpa mengetahui siapakah pemenangnya.

Ikhwah sungguh asyik bermain futsal pada malam itu sehingga detik 12 malam. Di kala itu, akhawat hanya menjadi penunggu setia mereka di samping merapatkan ukhuwwah sesama akhawat, makan burger,tonton tv dan tak kalah jugak ada yang dah terlentok kepenatan. Sungguh asyik ikhwah2 MH-i bermain futsal tanpa concern kan perasaan akhawat yang dah kecapetan bangat... Alangkah bagusnya kalau semangat sebegini terus berkekalan untuk kerja2 dakwah,bukan sekadar bersemangat di gelanggang futsal.

Akhirnya,bas yang dinanti-nantikan tiba pada jam 12 tengah malam. Akhawat cepat2 menyerbu ke kereta pakcik2 untuk kembali ke kem sementara ikhwah menaiki bas. Alhamdulillah,perjalanan pulang kami selamat dengan izinNya. Sampai di kem, kami terus istirehat secukupnya kerana esoknya kami akan bangun untuk bersahur. Sebelum terlupa, group ikhwah yang bertugas untuk memasak pada hari tersebut telah dikehendaki untuk menyediakan makanan sahur untuk esoknya sebelum tidur.

1 comments:

wan said...

fuuuhh..power penjaga goal akhawat!!! caiyok! caiyok!

Post a Comment