January 6, 2010


Hari ini berlaku satu perubahan dalam rutin harian kehidupan kami setelah lebih seminggu menjalani MHI. Apa perubahannya ? Sesi senamrobik. Sebaik sahaja selesai sesi tadarus, kami diarahkan untuk ke dataran bagi menjalani sesi tersebut bersama pihak kem yang dikendalikan oleh Abang Jin.

Hanya ikhwah sahaja yang terlibat memandangkan akhowat perlu menjalankan tanggungjawab memasak yang diamanahkan. Aktiviti bersenam merangkumi tarian poco-poco, chicken dance serta diiringi sistem bunyi yang agak keterlaluan. Kelakar juga melihat terdapat ikhwah yang bersenamrobik dengan berpakaian jubah dan kain pelikat.

Slot pengisian diisi dengan kuliah sirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin. Walaupun banyak perkara yang telah biasa didengari, namun pendekatan ustaz yang menceritakan sirah dari sudut perspektif yang berbeza membuatkan kuliah tersebut menarik. Slot sirah diteruskan hingga ke petang.

Sesi malam dikendalikan oleh Abang K dengan perbincangan konsep syahadatain secara berkumpulan. Tazkirah serta perbincangan tersebut membuatkan kami sedar dan 'terjaga' daripada segala apa yang mengganggu tumpuan kami daripada mengejar inspirasi mhi.

Buat julung kalinya makan malam kami yang disediakan oleh akhowat tidak diberikan sebarang kritikan namun hanya pujian. Coslow  ala-ala kfc yang disediakan ternyata memang sedap.

1 comments:

Bashir IbnDzul said...

gambar atas tu, senam ruhul jadid ke??

Post a Comment