January 16, 2010

Jan 7 dan Jan 5

Pada tanggal 7 jan,semua peserta mhi telah bangun pada awal pagi secara berjamaah luar biasa dari hari-hari yang lain.Hal ini kerana mereka semua wajib puasa sunat kali pertama di Genting Camp.

Melelehlah air liur kerana melihat lauk ayam yg dimasak banat,cukup menyelerakan.Semua bertungkus lumus mehamburkan nasi ke dalam mulut sebelum azan berkumandang,kebetulan pula semua bangun agak lewat pada pagi tu kononnya nak ikut sunnah.

Maka selepas selesai tadarus,bertebaranlah anak2 mhi mencari tempat terbaik untuk menyambung mimpi masing2.Tepat pada pukul 930am,kedengaran suara Ustaz K(Akh Khairul Fadhli) memanggil anak2 didiknya bersegera ke dalam dewan ceramah untuk slot Speaker’s Corner & Slot ceramah.

SC pada hari ni mempamerkan speaker2 yg hebat lagi mantap iaitu Dayat(“Penyakit Sosial”),Suhaib(“Eighteen”),Amir Farhan(“Smoke”),Syahida(“Ali dan atuknya”) dan Saifu Lizan(“Ori ke Bundle?”).SC dikomen oleh kakak Hana dan Ustaz K.

Slot diteruskan dengan “ISLAM IS THE TRUTHWAY OF LIFE”by brother Joanes Lucas.Sekali imbas pemuda berkaca mata ini macam seorang yang baru sudah Spm.Orangnya kemas berkemeja dan dahulunya beragama kristian dan telah peluk islam pada pada 1999.

Ceramah yang disampaikan menambahkan lagi kemantapan aqidah anak2 Ustaz K.Ceramahnya banyak berkisar tentang kisah keislamannya,penerimaan keluarga terhadapnya selepas merahsiakan keislamannya selama 3 tahun,siapakah Jesus,kerapuhan agama Kristian,mazhab2 dalam kristian,cara berdakwah kepada non-muslim dan holy water.

Anak mhi yang telah mula merasa lapar telah mula duduk tidak diam.Masing2 meneruskan qailulah(sunah tidur sebelum zohor) bagi mendiamkan perut yang asyik merungut.

Pada petang itu,anak2 mhi disajikan dengan ceramah “7 A’s Principles to Become An Excellent Musim”oleh Ustaz Kamal.Ceramah ini sangat menarik dengan huraian bagaimana unuk menjadi hebat dengan Amanah,Azam,Aksi,Amal Soleh,Adab,dan Anjakan(7 A’s).Semua anak2 mhi mula kepenatan dan keletihan.

Sekarang tibalah masa untuk berbuka puasa!Masa yg sangat ditunggu2 dan berderu-deruan mereka ke dewan makan untuk menikmati hidangan berbuka malangnya makanan malam masih belum siap.Hanya tamar dan cordial anggur sebagai alas perut.Selepas selesai solat maghrib,mereka terpaksa bersabar alasan yg sama,maklumlah masakan berbuka agak special dari biasa.

Selesai tazkirah dari Brother Mursyid a.k.a Reko bertajuk syukur,makan malam sudah siap dihidang.Maka makanlah dengan sepenuh hati akan anak2 mhi dan rasa sangat bersyukur terkesan dari tazkirah yang disampaikan walau nasi agak tidak sempurna masaknya.

Malam yang indah itu dihidupkan lagi dengan Slot “Blogging” oleh Brother Azree Hanafiah iaitu webmaster Raudahtussakinah dan Muslim’s Studio. Beliau mengajar cara membuat blog,bagaimana ingin ‘update’ blog dan tips supaya blog digemari ramai.


Berlabuhlah tirai malam pada hati itu.Semua peserta2 mhi mula bersiap sedia untuk tidur serta sedang berazam untuk mencipta2 blog masing2.Konklusinya sebagai seorang muslim kita mesti berda’wah walaupun dengan menulis blog serta beramal dengan nilai2 Islam yang terkandung dalam Alquran dan Sunnah.





Jan 5.


Pagi itu, telah disi dgn slot "Sirah Rasul" oleh Ustaz Muhaimin. yang mencerita bagaimana Nabi Muhammad saw diangkat menjadi rasul, sejarah agama islam yg bermula dgn Nabi Ibrahim sehingga perkembangan islam di mana telah mencapai tahap pembukaan kota Mekah yg dianggap sebagai diantara kejayaan besar umat Islam kerana berjaya menyebarkan agama islam keseluruh T.Arab al-Jazeerah.

di sebelah petangnya, Warga Mh-i telah menjalani aktiviti lasak iaitu, "Larian Berhalangan". Kapten telah dipermainkan oleh Abg Jin dgn tindakan abg Jin meletakkan Lumpur di atas kepalanya. seterusnya, kami sepatutnya pergi menjalani aktiviti "river crossing". Malangnya, sewaktu preparation sedang dilaksanakan, hujan tiba2 turun. yg lebih cemas, salah seorang ikhwah telah tercedera sewaktu hendak naik ke atas. hal ini menyebabkan kakinya tercedera (nama ikhwah itu ialah abdurrahman), dia terpaksa dibawa ke poliklinik yang berdekatan.
dengan lebih kurang 15 jahitan (tu banyak sangat), dia berjaya diselamatkan tanpa apa-apa kecederaan yang teruk.

Petang - 4.30pm
Sedangkan akhwat sibuk di dalam bilik ketika hujan lebat melanda, kaum adam pula berlari anak mencari tiang gol (yang diperbuat daripada buloh) untuk bermain bola sepak ketika hujan lebat ini melanda.

Walaupun dalam keadaan lebat sekalipun, ikhwah tetap bermain bola sepak, bertiangkan gol buloh dan berkaki ayam. Semangat lebih membara apabila Abg jin dan sarjan turut "join" bermain sama-sama. kumpulan telah dibahagikan kepada dua (dengan satu kumpulan membuka baju). dengan setiap gol yang dibuat daripada pasukan masing - masing semangat lebih membara. Ikhwah lalai bermain di dalam hujan sehinggakan terlanjak solat asar pada jam 6 petang. Astarghfirullah...........................

Semua warga ikhwah terpaksa berlari anak- anak untuk mengelak daripada warden - warden abang dan kakak apabila mereka telah mengetahui kita telah lewat solat.

Dua tiga kucing berlari,
Di mana hendak pergi jua,
Dua tiga peserta pergi,
Kena tangkap akhirnya jua.
malam, 7.30pm

Alangkah panasnya hati abang Khairul apabila melihat ramai ikhwah tertidur ketika sesi mathurat dan tazkirah. Kepenatan.......................

Pengurusan Kewangan.
Itulah nama slot pada malam ini. semua peserta terkial- kial, apa yang akan didiskusikan mengenai "pengurusan kewangan".
Slot ini disampaikan oleh Encik Harun Muhammad Yusof aka Hamdy, yang dipengerusikan oleh adik Fakhry. Untuk pengetahuan semua Encik Hamdy ialah bapa kepada seorang peserta MHi, Hadi.

Beliau menerangkan apa bisness yang boleh dilakukan seperti menjual top-up, CD, T-shirt dan alatan tulisan. beliau menerangkan yang iman dan amal kita banyak berkait dengan rezeki kita.

Diharapkan ramai peserta (lebih-lebih lagi akhwat) tidak menjalankan bisness berupa fizikal dan "kesyokkan" (faham-faham jelah) ketika di IPT kerana ia boleh menggugat iman.

Kebetulan malam itu adalah tarikh lahir Encik Hamdy.

Malam tu, selepas habis saja slot, kami digembirakan dengan pizza yang di sponsor oleh ummi dan pakcik Roslan. Kami pun kehairanan, awat tiba-tiba belanja pizza ni? Rupa-rupanya, malam itu adalah malam hari ulangtahun perkahwinan ummi dan pakcik Roslan yang ke-20. Tahniah, semoga ikatan itu sentiasa berkekalan sehingga di syurga sana...

0 comments:

Post a Comment