January 6, 2010


>ketibaan peserta
>masa : 2.00 petang hingga 6.00 petang
> tempat : dewan utama
Pendaftaran telah dikendalikan oleh ajk bertugas iaitu kak asma’,abg khairul,abg iqbal dan para pembantu tidak rasmi. MH-i kali ni telah disertai oleh peserta dari seluruh Malaysia. negeri yang menghantar wakil termasuk :
1. Selangor
2. wilayah persekutuan kuala lumpur
3. Terengganu
4. perak
5. negeri Sembilan
6. johor
7. Melaka
8. kedah
Hari pertama kami dimulakan dengan sesi ta’aruf secara tidak langsung dalam kalangan peserta. Peserta-peserta telah ditempatkan di dorm-dorm yang telah ditetapkan beserta kemudahan asas yang mencukupi. Di sini peserta dapat merasai pengalaman mandi kolah. Makanan pada hari pertama telah disediakan oleh pihak kem. Bagi hari-hari yang seterusnya kami dikehendaki memasak makanan sendiri. Hari tersebut diakhiri dengan pemberian ‘task’ oleh abg iqbal iaitu task untuk menghafal nama, sekolah, dan asal at least 10 peserta. Malam itu kami semua dapat tidur awal bagi persediaan esok hari yang lebih mencabar.

0 comments:

Post a Comment