Slot KBM oleh ummi ida, pakcik hussin dan barisan fasilitator diteruskan lagi untuk pagi ni. Walaupun semalam kami dah tidur agak lewat iaitu pada jam 2.30 pagi dan pagi ni dikehendaki bangun awal dan meneruskan slot pada jam 8.30 pagi, namun peserta mhi masih menunjukkan semangat yang berkobar2 untuk mengutip ilmu hikmah. Maklumlah, hari ni ialah hari terakhir di kem lembah genting yang merupakan rumah kami selama sebulan. Tapi, sikap segelintir peserta dengan trademark 'lambat masuk slot' tu masih ada (kepada yang terasa, jangan marah ye...). Kami meneruskan slot KBM dengan tajuk keindahan bersamamu sahabat. Walaupun perut kami masih belum diisi dengan sarapan pagi, namun kami tetap fokus.
Ummi ida mengarahkan kami mencari pasangan sahabat yang paling baik sepanjang di kem dan kami dikehendaki duduk mengadap antara satu sama lain. Sesi merasai keindahan persahabatan bersama sahabat dimulakan.
Kami dikehendaki memohon ampun antara 1 sama lain, menyebutkan kelemahan dan kelebihan sahabat yang dipilih, dan mendoakan sahabat tu.. Suasana memang syahdu dengan bait2 doa sahabat yang bergema, tangisan ukhuwah yang kedengaran, pelukan mesra yang kelihatan dan keutuhan persahabatan yang terpancar.
Walaupun baru 1 bulan mengenali sahabat, namun kemesraan tetap dapat dirasakan.
Kemudian ummi ida mengarahkan kami share apa yang dirasakn sepanjang bersama sahabat sebentar tadi. Lalu keluarlah hero2 dan heroin2 mhi yang bersedia untuk berkongsi perasaannya.
Kami hanya mendengar dengan penuh syahdu sambil memegang erat tangan sahabat di sebelah. ketika ummi ida dah nak menutup sesi keindahan bersamamu sahabat, tetiba ada seorang peserta mhi yang nak berkongsi perasaan dan pengalamannya. Dia ( tak dapat dipastikan apakah namanya), berkongsi tentang pengalamnnya di sekolah yang selalu menjadi mangsa buli dan apakah keinginan hamba Allah yang bersifat pendiam. Sangat sedih mendengar ceritanya sehinggakan ana menitiskan air mata kesedihan dan simpati. begitu juga dengan sahabat2 yang lain yang pada mulanya tidak mahu menitiskan air mata lagi, tetapi akhirnya kalah dengan cerita si dia yang cukup bijak bermain dengan emosi. Akhirnya ikhwah2 pergi untuk mententeramkan perasaanya. Sebak kami (akhawat) dibuatnya.
Jam 11 pagi- kami berhenti untuk bersarapan pagi. Hidangan roti canai yang disediakan oleh kump yaseer ( tak tahu la betul2 tebar roti canai di dapur atau menebarnya di kedai ) mengisi perut kami yang sudah sekian lama berkeroncong minta diisi...
Slot KBM diteruskan lagi dengan keindahan bersamamu ibu bapa. Ummi ida meminta kami membuat surat kepada ibu bapa.. Slot KBM berakhir jam 1 ptg..
Selepas zohor, kami dikehendaki berkumpul lagi di dewan untuk sesi fotografi dan sedikit taklimat oleh abg k. Perjumpaan pada petang tu berakhir pada lewat petang dan kami dikehendaki bersiap2 untuk acara kemuncak pada malan ni.
~ Malam Kesenian dan Majlis Penutup
Malam kesenian bermula selepas solat Isya' tetapi tetamu2 ( ibubapa peserta mhi dan ahli jim hulu selangor) dah sampai di kem sebelum maghrib lagi. Pada malam ni, kami tak perlu memasak untuk makan malam tapi makan malam kami ditaja oleh jim hulu selangor. Terima kasih makcik2 dan pakcik2. Kami dilayan oleh pihak catering dan ada 1 menu special pada malam ni iaitu kambing golek di samping nasi beriani. Kepada peminat2 kambing, inilah masanya untuk antum qada' hajat antum selepas 1 bulan tak jumpa masakan daging kambing. Ana jenis tak memilih so, makan jela rezeki yang terhidang. Nasihat ana, jangan makan kambing banyak2 sebab kolestrol tinggi.
Majlis penutup dan malam kesenian dimulakan dengan kata2 aluan daripada akram selaku pengerusi majlis. Seterusnya bacaan quran oleh Muhammad Muhsin dan terjemahan oleh saudara Yusof Kedah. Next, ucapan daripada pakcik Arifin selaku YDP JIM HS dan abg Khairul selaku warden. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada pihak kem lembah genting dan jim HS yang dah banyak berkorban untuk kami sepanjang kami di sekolah pembaikan kehidupan.
Majlis dihentikan sekejap untuk memberi laluan kepada para tetamu menikmati hidangan yang sudah tersedia. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari setiap kumpulan ikhwah ( alpha ace, brainstorm brotherhood, corntoz dan dadu ).
Persembahan pertama ialah daripada kumpulan alpha ace dengan persembahan wayang kulitnya. Lalu kelihatanlah ahli kumpulan alpha ace dengan wayang kulitnya bersumberkan cahaya lampu kereta.
Pelakon2 alpha ace seperti yusof,akram,mawardi,abg cute aka hidayat,sulaim dan pelakon2 tambahan yang lain (tak ingat dah siapa) mula menunjukkan bakat masing2.
Persembahan seterusnya daripada kumpulan corntoz dengan drama klasiknya. Sangat lucu apabila mendengar pelakon2 syarikat corntoz ni (yaseer,thalhah,nuaim,syahir dan lain2 ) melakonkan drama dalam version klasik. Dramanya berkisarkan pertandingan lawak jenaka.
Seterusnya, kami diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan dadu.
Lakonan yang sangat menarik daripada barisan pelakon berpengalaman seperti Hamzah,Hazmi,Amar,Afif, Abdurrahman Abdurrahim,Arif,Aiman Hafiz dan lain2.
Pengajaran daripada cerita tersebut ialah jangan kita korbankan persahabatan kerana wanita.
Persembahan terakhir ialah daripada kumpulan brainstorm brotherhood bertemakan sinetron. Lalu bergemalah lakonan2 dengan version indonesia. Lakonan daripada bapak 'abid,bapak hilmi,bapak fauzan,bapak hadi,bapak suhaib,bapak awie dan lain2 tak kurang juga hebatnye. Kisah pembunuhan yang diutarakan sangat membawa impak yang besar.
Namun pengakhiran ceritanya kurang difahami. Mesti berbelit lidah pelakon kumpulan ni untuk menukarkan dialek kepada bahasa indonesia. Namun selepas latihan yang bersungguh2 dan tunjuk ajar daripada murobbiyah kami, kak erit yang memang diimport dari jakarta, kesemua pelakon kumpulan brainstorm brotherhood nampak seperti memang datang dari indonesia. Syabas diucapkan.
Kemudian majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak program iaitu acara penyampaian hadiah. Persembahan terbaik pada malam itu telah dimenangi oleh kumpulan dadu. Abg k dan Abg iqbal dah janji nak belanja kfc bagi kumpulan yang mendapat persembahan terbaik. Tapi tak tahu la warden2 yang 2 orang tu dah kotakan janji mereka atau belum. Harap2 dah la ye. Di sebalik tu, terdengar juga suara2 akhawat yang tak berpuas hati.
akhawat : abg k, nk kfc jugak ! kitorang sikit je, so belanja semua la. penat tau kitorang kemas dewan dan sediakan hadiah...
abg k : eh, mane boleh.. antunna x berlakon. hadiah kfc ni khas untuk kumpulan yang menang je. kalau nk belanja semua, bankrap la kitorang..
akhawat : ala, abg k jugak yang cakap kitorang tak yah berlakon. just tolong makcik golek kambing, kemas dewan dan get ready cenderahati.. kalau tak boleh kfc, abg k belanja kitorang mery brown pun tak pe..
begitulah antara dialog2 lucu yang sempat terakam dalam ingatan ana. Akhirnya permintaan akhawat tak dilayan oleh abg k. Kesian...
Berbalik kepada acara penyampaian hadiah. Kumpulan terbaik juga sekali lagi dimenangi oleh kumpulan dadu. Lalu bangkitlah si hamzah ipoh dengan tawaduknya untuk menerima hadiah selaku ketua kumpulan mewakili kumpulannya. Hadiah berupa buku aku ori bukan fotokopi tulisan makcik roha hassan. Seterusnya, hadiah kepada peserta paling rajin akhawat yang telah dimenangi oleh ukhti Marwah Samsuri. Bagi ikhwah pula, digondol oleh akh Thalhah al-khair ismail. Memang sesuai bangat la kedua2nya menerima anugerah tersebut. Memang keduanya sangat rajin dan ringan tulang dalam membantu dan meringankan tugasan sahabat2 yang lain. ( ceh, jangan bangga plak ye ! ).
Bagi anugerah seterusnya , anugerah peserta terbaik akhawat , barisan panel juri telah bersetuju untuk memilih ukhti Nur Shahida Roslan ( anak ummi jamaliah ) dan bagi ikhwah, akh Zainal Abid Zainal Adli Shah. Mabruk diucapkan kepada mereka. Sememangnya barisan juri telah memilih orang yang tepat untuk menerima anugerah tersebut tanpa sedikit pun dipengaruhi oleh undian sms..heheh.. Selepas tu, sempat lagi ummi katekan yang ummi tak de kene mengena dengan pemilihan shahida tu.. risau benar ummi takut kami mengatakan bias. tapi ummi dont worry, kami akui shahida memang yang terbaik dan tahniah juga untuk ummi.
Next, kami sekali lagi dihidangkan dengan tayangan video yang dibuat khas oleh ummi jamaliah. Berlatarkan lagu insyaallah, kami dikehendaki berdiri sambil merapatkan ukhuwah dengan teman2 lain dan menyanyikannya bersama. Wah, sadis sugguh saat itu. Terasa seperti baru saje start mhi dan tak nak lagi berpisah dengan teman2 sekalian. Tapi apakan daya, waktu tak boleh diputarkan kembali. sekali berdetik, takkan berundur...
Kami juga sempat meraikan birthday 2 orang ikhwah yang kebetulan birthday nya pada tanggal 23 januari. kek aiskrim dan kek coklat telah dibeli oleh ummi. Kemudian kami bersama2 menyanyikan lagu tema mhi buat kali terakhir- hai sahabat dan gelombang keadilan. kami menyanyikannya dengan penuh semangat walaupun detik jam dah menunjukkan angka 1.30 pagi. Almaklumlah, nyanyian buat kali terakhir bersama teman2 1 madrasah. selepas ni, kalau nak nyanyikan lagi, sorang2 kat rumah aje..
Sebelum program berakhir, bergemalah jeritan 'take cover' buat kali terakhir oleh sajan walaupun sebenarnya 'take cover' adalah senaman wajib kami setiap pagi dan sebelum memulakan aktiviti outdoor sepanjang sebulan di hotel lembah genting. Lalu meniarap lah ikhwah2 yang bakal menjadi graduan mhi.
" satu,dua,tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan,sepuluh...
pandang kiri...clear
pandang kanan.....clear
pandang atas.......bom "
begitulah irama senaman take cover yang menjadi rutin kami. Terharu kami kerana sarjan sanggup menunggu sehingga majlis selesai walaupun agak lewat. Akhirnya, detik jam yang menunjukkan hampir 2 pagi, keseluruhan majlis selesai. Walaupun dah lewat, tapi masih ada makcik2 dan pakcik2 HS yang tetap berada di sini melihat perjalanan majlis. Akhirnya, kami beransur ke ruang peraduan masing2 untuk mengira bintang dan syahid kecil.
picture of KBM credit to: Keindahan Bersama MU
2 comments:
memang sedih cerita ikhwah yang pendiam tu... syahdu..
haha.kad tuk ibubapa dah sampai rumah sy semalam.. parents dah bace.. :)
Post a Comment