January 13, 2010

Pada pagi itu, kami berkumpul di dewan utama dengan memakai pakaian formal untuk mendengar sedikit taklimat mengenai lawatan kami ke Darul Quran. Kami dimaklumkan lawatan kami ditaja oleh Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak. Pada pukul 9.30 pagi kami bergerak dengan menaiki sebuah bas sekolah. Ikhwah yang tidak mendapat tempat duduk di dalam bas telah menaiki kereta. Sebelum terlupa, kami menikmati sarapan pagi yang dusediakan oleh pihak ikhwah iaitu sandwich telur.


Tiba di Darul Quran, kami berkumpul di perpustakaan. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh seorang ustazah. Kemudian diikuti ucapan abang Khairul yang digelar “ustaz” oleh ustazah tersebut. Kami tertanya-tanya sejak bila abang Khairul naik pangkat? Hehe... Ucapan seterusnya diberi oleh Ustaz Hanafi berkenaan serba sedikit sejarah dan fungsi Darul Quran. Antaranya ialah untuk melahirkan Huffaz, Qura’, Du’at Selain itu, antara diploma yang disediakan ialah Diploma Tahfiq Al Quran dan Hadis.Antara kelayakan pelajar untuk memasuki Darul Quran mestilah berumur 18-25 tahun, mempunyai sijil SPM dan lulus bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, dan bahasa Arab. Selain itu, terdapat juga program untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dari segi penglihatan. Mereka diminta untuk menghafal 6 juzu’ sahaja.

Seusai menikmati kudapan pagi, kami melawat ke tingkat atas perpustakaan tersebut yang menyimpan mushaf Al Quran dari serata Dunia yang menjadi pameran di dalam kotak berkaca. Tetapi pihak akhwat tidak sempat meninjau pameran tersebut kerana ikhwah mengerumuni pameran tersebut disamping masa melawat perpustakaan telah tamat. Time’s up!

Selepas itu, ustazah itu telah mengiringi kami melawat ke beberapa kelas antaranya kelas bahasa Arab



dan kelas Orang Kurang Upaya (OKU).

Kami sampai ke kem Lembah Genting pada pukul 2 petang. Makanan tidak disediakan oleh ikhwah tetapi dibeli oleh abang Khairul iaitu nasi ayam dan air soya. Petang itu, slot diteruskan pada pukul 5 petang bertajuk menservis automobil oleh Muhd Zamani bin Abdullah dan Riza bin Zakaria. Kami didedahkan dengan komponen-komponen yang terdapat pada badan kereta.Walaupun kepenatan, kami semua mendengar penjelasan beliau dengan teliti(hehe)..


Setelah mendengar penjelasan daripada beliau, akhowat menghadiri sesi praktikal manakala ikhwah akan menghadirinya pada masa yang lain.Akhowat ditunjukkan komponen-komponen dalam kereta dan cara-cara untuk menjaganya.Semua akhowat begitu responsif. Pada sebelah malamnya,kami mengikuti ceramah mengenai Hinduisme.pendedahan ini diberi oleh Ustaz Fitri Abdullah, iaitu seorang yang telah dididik untuk menjadi ‘ustaz’ dalam agama Hindu sebelum islamnya.

Beliau menjelaskan serba sedikit mengenai agama Hindu dan cara-cara untuk berdakwah kepada orang Hindu.Baliau juga menunjukkan terdapat ajaran Islam dalam agama Hindu,Contohnya dalam agama Hindu sebenarnya terdapat ajaran bahawa Allah Itu Esa atau dalam bahasa India “ Dev Maha Osi”. Sungguh menarik! Program pada hari ini berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

0 comments:

Post a Comment