Pada hari ini, aktiviti Jungle Trekking telah dijalankan. Kami memulakan perjalanan kami pada pukul 10 pagi. Kami meredah sungai dan jalan-jalan yang berliku dalam hutan tersebut.Selain itu,kami juga bermandi lumpur. Perjalanan kami dipimpin oleh wakil daripada Kem Lembah Genting.Dalam hutan, kami dikehendaki mereka cipta apa sahaja benda yang unik menggunakan apa sahaja yang terdapat dalam hutan.Pelbagai rekaan unik dicipta oleh semua kumpulan.
Pada pukul 2 petang, kami kembali ke tempat penginapan kami.Pada sebelah petang,tiada aktiviti yang dijalankan bagi memberi ruang untuk kami berehat. Pada sebelah malam, kami mendengar ceramah yang diberikan oleh Ustaz Azhar mengenai Sikap Kita Terhadap Al-Quran Dan As-sunnah. Ceramah tersebut menerangkan kepada semua peserta bahawa kita haruslah sentiasa menjaga adab kita terhadap al-quran dan as-sunnah. Semua peserta memberikan tumpuan dan respons yang baik.
January 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment