Pada hari ini, setelah kami menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak ikhwah,kami diberikan taklimat ringkas oleh Akhi Danny mengenai aktiviti Task Force yang bakal kami hadapi pada sebelah malam. Aktiviti Task Force ini merupakan salah satu aktiviti 'dakwah bil hal' yang memerlukan keberanian dan keyakinan untuk dilaksanakan. Kebanyakan peserta dipenuhi dengan perasaan teruja dan sedikit kecuakan.
Kami memulakan perjalanan kami pada pukul 3.30 petang ke KTM Batang Kali. Disebabkan menunggu KTM Batang kali yang memerlukan sejam, kami sampai ke KL Sentral sewaktu hampir-hampir Maghrib. Di KL Sentral, kami semua mengisi perut dan menunaikan solat Maghrib.Setelah itu kami meneruskan perjalanan dan akhirnya kami sampai di Masjid As-Syakirin KLCC tepat-tepat masuknya waktu Isya'. Kami menunaikan solat isya' secara berjemaah dengan imam masjiid tersebut. Pada pukul 9.30 malam, kami diberikan taklimat ringkas sekali lagi oleh Akhi bai bagi pihak ikhwah manakala Kak Nina bagi pihak akhowat.
- tekad dan azam seorang daie (.huh... ke teringat zaujah?)
Aktiviti ini disertai oleh kami bersama pihak KARISMA. Kami dilepaskan pada pukul 10 malam. Berbekalkan risalah-risalah dan semangat yang jitu, kami memulakan misi kami. Task Force pada malam ini menggunakan metod yang berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini.
- antara strategi yang berjaya...( ??? )
- taktik / umpan akhawat mendekati mad'u
Pada tahun-tahun sebelum ini, aktiviti ini hanya memerlukan peserta mengedarkan risalah tetapi pada tahun ini semua peserta perlu menghampiri mad'u dengan berborak-borak dan menyelitkan unsur-unsur dakwah. Pada pukul 11 malam, kami semua berkumpul dan berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai pengalaman kami pada malam tersebut.Kemudian, kami bermalam di Masjid As-Syakirin.
-perkongsian skill dan strategi masing-masing dalam berdakwah
0 comments:
Post a Comment