January 28, 2010

   Kepada mereka yang mengikuti R2B dikehendaki berkumpul di LCCT pada jam 9 pagi. Flight berlepas ke sibu pada jam 12 tengah hari menaiki airasia. Alhamdulillah, peserta2 mhi yang mengikuti misi R2B dan pengiring (abg k, makcik zaiton bonda marwah dan kak fatimah kekanda Siti Akmal) selamat tiba di airport sibu pada jam 2 petang.

        Sesampainya kami semua di lapangan terbang Sibu,kami terus bergerak ke Imegresen Sibu untuk menguruskan pasport untuk ke Brunei .Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang menyebabkan pengurusan passport tidak dapat diselesaikan di sana . Pada sebelah malam, pihak akhowat bermalam di rumah salah seorang akhowat di sana iaitu mak cik Jennat manakala ikhwah bermalam di Kompleks JIM di sana.Alhamdulillah,bagi pihak akhowat, kami dapat menikmati santapan yang lazat di rumah mak cik Jennat, manakala pihak ikhwah pula terpaksa mencari makanan sendiri.Pada sebelah malam, semua peserta dan pengiring bersiap sedia untuk ke rumah panjang Iban keesokan harinya. 

Telatah Ikhwah di Lapangan Terbang


                                       


                                           
       Pagi ni kami tak perlu menyediakan sarapan seperti biasa. Kumpulan tugasan memasak pun dah dibubarkan. sarapan pada pagi ni disediakan oleh warden2 kesayangan - nasi lemak cap kedai. Nasi lemak tu ada 3 version sebab ada 3 pattern bungkusan yang berbeza. Abang Iqbal cakap, kouta untuk seorang 2 bungkus. Banyak tu... Akhawat mana makan banyak2 la. Sebungkus pun dah terseksa untuk dihabiskan.

   Pagi ni kami tiada slot seperti biasa. So, kami cuma duduk relaks2 sementara menunggu kenderaan yang menjemput. Tetiba abg k membuat 1 slot special bagi mereka yang masih tinggal. Slot Baitul Muslim (BM). oleh kerana bilangan peserta yang tinggal hanya sikit so, kami hanya duduk dalam halaqah perbincangan. Perkongsian daripada mereka yang berpengalaman- abang k (dah bertunang), makcik salmi dan pakcik amran (pasangan sejoli) dan kak hana' (on the way) membuka tirai halaqah pada pagi itu. Mereka menerangkan cara mencari pasangan mengikut lunas2 islam serta sistem dan proses pencarian jodoh melalui baitul muslim. sebenarnya kesemua ikhwah dan akhawat segan untuk mendengarnya, maklumlah masih muda dan belum cukup umur. Tapi, sekiranya ada orang yang nak berkongsi ilmu, kita dengar je lah kan. Namun, ada peserta ikhwah yang paling tua dalam kalangan kami, ibnu hafidzi, agak bersemangat ketika slot BM. Mungkin kerana dah berusia 20 tahun so, dah boleh berfikir ke arah itu. Perkongsian pengalaman daripada abang k dan cerita real daripada makcik salmi merupakan slot secara tak rasmi pada pagi itu.

    Slot BM berlangsung dengan ringkas dan padat. Akhirnya kenderaan yang ditunggu2 untuk menjemput graduan2 mhi tiba satu persatu memasuki pagar kem lembah genting. Selepas bersalam2an buat kali terakhir sebelum berpisah buat beberapa ketika, kami pun pulang ke baiti jannati masing2 dengan dijemput oleh ibu bapa tercinta. Dengar cerita, asma' nahar balik paling last. Siap buat picnic bersama family lagi kat sungai tu sampai maghrib. ye ke?
~ KBM 2

    Slot KBM oleh ummi ida, pakcik hussin dan barisan fasilitator diteruskan lagi untuk pagi ni. Walaupun semalam kami dah tidur agak lewat iaitu pada jam 2.30 pagi dan pagi ni dikehendaki bangun awal dan meneruskan slot pada jam 8.30 pagi, namun peserta mhi masih menunjukkan semangat yang berkobar2 untuk mengutip ilmu hikmah. Maklumlah, hari ni ialah hari terakhir di kem lembah genting yang merupakan rumah kami selama sebulan. Tapi, sikap segelintir peserta dengan trademark 'lambat masuk slot' tu masih ada  (kepada yang terasa, jangan marah ye...). Kami meneruskan slot KBM dengan tajuk keindahan bersamamu sahabat. Walaupun perut kami masih belum diisi dengan sarapan pagi, namun kami tetap fokus.

   Ummi ida mengarahkan kami mencari pasangan sahabat yang paling baik sepanjang di kem dan kami dikehendaki duduk mengadap antara satu sama lain. Sesi merasai keindahan persahabatan bersama sahabat dimulakan.


Kami dikehendaki memohon ampun antara 1 sama lain, menyebutkan kelemahan dan kelebihan sahabat yang dipilih, dan mendoakan sahabat tu.. Suasana memang syahdu dengan bait2 doa sahabat yang bergema, tangisan ukhuwah yang kedengaran, pelukan mesra yang kelihatan dan keutuhan persahabatan yang terpancar.


Walaupun baru 1 bulan mengenali sahabat, namun kemesraan tetap dapat dirasakan.

   Kemudian ummi ida mengarahkan kami share apa yang dirasakn sepanjang bersama sahabat sebentar tadi. Lalu keluarlah hero2 dan heroin2 mhi yang bersedia untuk berkongsi perasaannya.

Kami hanya mendengar dengan penuh syahdu sambil memegang erat tangan sahabat di sebelah. ketika ummi ida dah nak menutup sesi keindahan bersamamu sahabat,  tetiba ada seorang peserta mhi yang nak berkongsi perasaan dan pengalamannya.  Dia ( tak dapat dipastikan apakah namanya), berkongsi  tentang pengalamnnya di sekolah yang selalu menjadi mangsa buli dan apakah keinginan hamba Allah yang bersifat pendiam. Sangat sedih mendengar ceritanya sehinggakan ana menitiskan air mata kesedihan dan simpati. begitu juga dengan sahabat2 yang lain yang pada mulanya tidak mahu menitiskan air mata lagi, tetapi akhirnya kalah dengan cerita si dia yang cukup bijak bermain dengan emosi. Akhirnya ikhwah2 pergi untuk mententeramkan perasaanya. Sebak kami (akhawat) dibuatnya.

   Jam 11 pagi- kami berhenti untuk bersarapan pagi. Hidangan roti canai yang disediakan oleh kump yaseer  ( tak tahu la betul2 tebar roti canai di dapur atau menebarnya di kedai ) mengisi perut kami yang sudah sekian lama berkeroncong minta diisi...

   Slot KBM diteruskan lagi dengan keindahan bersamamu ibu bapa. Ummi ida meminta kami membuat surat kepada ibu bapa.. Slot KBM berakhir jam 1 ptg..

   Selepas zohor, kami dikehendaki berkumpul lagi di dewan untuk sesi fotografi dan sedikit taklimat oleh abg k.  Perjumpaan pada petang tu berakhir pada lewat petang dan kami dikehendaki bersiap2 untuk acara kemuncak pada malan ni.

~ Malam Kesenian dan Majlis Penutup

    Malam kesenian bermula selepas solat Isya' tetapi tetamu2 ( ibubapa peserta mhi dan ahli jim hulu selangor) dah sampai di kem sebelum maghrib lagi. Pada malam ni, kami tak perlu memasak untuk makan malam tapi makan malam kami ditaja oleh jim hulu selangor. Terima kasih makcik2 dan pakcik2. Kami dilayan oleh pihak catering dan ada 1 menu special pada malam ni iaitu kambing golek di samping nasi beriani. Kepada peminat2 kambing, inilah masanya untuk antum qada' hajat antum selepas 1 bulan tak jumpa masakan daging kambing. Ana jenis tak memilih so, makan jela rezeki yang terhidang. Nasihat ana, jangan makan kambing banyak2 sebab kolestrol tinggi. 

    Majlis penutup dan malam kesenian dimulakan dengan kata2 aluan daripada akram selaku pengerusi majlis. Seterusnya bacaan quran oleh Muhammad Muhsin dan terjemahan oleh saudara Yusof Kedah. Next, ucapan daripada pakcik Arifin selaku YDP JIM HS dan abg Khairul selaku warden. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada pihak kem lembah genting dan jim HS yang dah banyak berkorban untuk kami sepanjang kami di sekolah pembaikan kehidupan.

   Majlis dihentikan sekejap untuk memberi laluan kepada para tetamu menikmati hidangan yang sudah tersedia. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari setiap kumpulan ikhwah ( alpha ace, brainstorm brotherhood, corntoz dan dadu ). 

   Persembahan pertama ialah daripada kumpulan alpha ace dengan persembahan wayang kulitnya. Lalu kelihatanlah ahli kumpulan alpha ace dengan wayang kulitnya bersumberkan cahaya lampu kereta. 

Pelakon2 alpha ace seperti yusof,akram,mawardi,abg cute aka hidayat,sulaim dan pelakon2 tambahan yang lain (tak ingat dah siapa) mula menunjukkan bakat masing2.

   Persembahan seterusnya daripada kumpulan corntoz dengan drama klasiknya. Sangat lucu apabila mendengar pelakon2 syarikat corntoz ni (yaseer,thalhah,nuaim,syahir dan lain2 ) melakonkan drama dalam version klasik. Dramanya berkisarkan pertandingan lawak jenaka.

   Seterusnya, kami diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan dadu. 

Lakonan yang sangat menarik daripada barisan pelakon berpengalaman seperti Hamzah,Hazmi,Amar,Afif, Abdurrahman Abdurrahim,Arif,Aiman Hafiz dan lain2. 


Ceritanya sungguh menarik sehingga Kak Erit pun asyik ketawa.

Pengajaran daripada cerita tersebut ialah jangan kita korbankan persahabatan kerana wanita. 

   Persembahan terakhir ialah daripada kumpulan brainstorm brotherhood bertemakan sinetron. Lalu bergemalah lakonan2 dengan version indonesia. Lakonan daripada bapak 'abid,bapak hilmi,bapak fauzan,bapak hadi,bapak suhaib,bapak awie dan lain2 tak kurang juga hebatnye. Kisah pembunuhan yang diutarakan sangat membawa impak yang besar. 


Namun pengakhiran ceritanya kurang difahami. Mesti berbelit lidah pelakon kumpulan ni untuk menukarkan dialek kepada bahasa indonesia. Namun selepas latihan yang bersungguh2 dan tunjuk ajar daripada murobbiyah kami, kak erit yang memang diimport dari jakarta, kesemua pelakon kumpulan brainstorm brotherhood nampak seperti memang datang dari indonesia. Syabas diucapkan.



   
 Kemudian majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak program iaitu acara penyampaian hadiah. Persembahan terbaik pada malam itu telah dimenangi oleh kumpulan dadu. Abg k dan Abg iqbal dah janji nak belanja kfc bagi kumpulan yang mendapat persembahan terbaik. Tapi tak tahu la warden2 yang 2 orang tu dah kotakan janji mereka atau belum. Harap2 dah la ye. Di sebalik tu, terdengar juga suara2 akhawat yang tak berpuas hati.

                        akhawat : abg k, nk kfc jugak ! kitorang sikit je, so belanja semua la. penat tau                                                      kitorang kemas dewan dan sediakan hadiah...

                        abg k     : eh, mane boleh.. antunna x berlakon. hadiah kfc ni khas untuk kumpulan                                              yang menang je. kalau nk belanja semua, bankrap la kitorang..

                        akhawat : ala, abg k jugak yang cakap kitorang tak yah berlakon. just tolong makcik                                          golek kambing, kemas dewan dan get ready cenderahati.. kalau tak boleh                                              kfc, abg k belanja kitorang mery brown pun tak pe..

begitulah antara dialog2 lucu yang sempat terakam dalam ingatan ana. Akhirnya permintaan akhawat tak dilayan oleh abg k. Kesian...

   
Berbalik kepada acara penyampaian hadiah. Kumpulan terbaik juga sekali lagi dimenangi oleh kumpulan dadu. Lalu bangkitlah si hamzah ipoh dengan tawaduknya untuk menerima hadiah selaku ketua kumpulan mewakili kumpulannya. Hadiah berupa buku aku ori bukan fotokopi tulisan makcik roha hassan. Seterusnya, hadiah kepada peserta paling rajin akhawat yang telah dimenangi oleh ukhti Marwah Samsuri. Bagi ikhwah pula, digondol oleh akh Thalhah al-khair ismail. Memang sesuai bangat la kedua2nya menerima anugerah tersebut. Memang keduanya sangat rajin dan ringan tulang dalam membantu dan meringankan tugasan sahabat2 yang lain. ( ceh, jangan bangga plak ye ! ). 

Bagi anugerah seterusnya , anugerah peserta terbaik akhawat , barisan panel juri telah bersetuju untuk memilih ukhti Nur Shahida Roslan ( anak ummi jamaliah ) dan bagi ikhwah, akh Zainal Abid Zainal Adli Shah. Mabruk diucapkan kepada mereka. Sememangnya barisan juri telah memilih orang yang tepat untuk menerima anugerah tersebut tanpa sedikit pun dipengaruhi oleh undian sms..heheh.. Selepas tu, sempat lagi ummi katekan yang ummi tak de kene mengena dengan pemilihan shahida tu.. risau benar ummi takut kami mengatakan bias. tapi ummi dont worry, kami akui shahida memang yang terbaik dan tahniah juga untuk ummi.

    Next, kami  sekali lagi dihidangkan dengan tayangan video yang dibuat khas oleh ummi jamaliah. Berlatarkan lagu insyaallah, kami dikehendaki berdiri sambil merapatkan ukhuwah dengan teman2 lain dan menyanyikannya bersama. Wah, sadis sugguh saat itu. Terasa seperti baru saje start mhi dan tak nak lagi berpisah dengan teman2 sekalian. Tapi apakan daya, waktu tak boleh diputarkan kembali. sekali berdetik, takkan berundur...

   Kami juga sempat meraikan birthday 2 orang ikhwah yang kebetulan birthday nya pada tanggal 23 januari. kek aiskrim dan kek coklat telah dibeli oleh ummi. Kemudian kami bersama2 menyanyikan lagu tema mhi buat kali terakhir- hai sahabat dan gelombang keadilan. kami menyanyikannya dengan penuh semangat walaupun detik jam dah menunjukkan angka 1.30 pagi. Almaklumlah, nyanyian buat kali terakhir bersama teman2 1 madrasah. selepas ni, kalau nak nyanyikan lagi, sorang2 kat rumah aje..

    Sebelum program berakhir, bergemalah jeritan 'take cover' buat kali terakhir oleh sajan walaupun sebenarnya 'take cover' adalah senaman wajib kami setiap pagi dan sebelum memulakan aktiviti outdoor sepanjang sebulan di hotel lembah genting. Lalu meniarap lah ikhwah2 yang bakal menjadi graduan mhi.

                                      " satu,dua,tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan,sepuluh...
                                        pandang kiri...clear
                                        pandang kanan.....clear
                                       pandang atas.......bom "

 begitulah irama senaman take cover yang menjadi rutin kami. Terharu kami kerana sarjan sanggup menunggu sehingga majlis selesai walaupun agak lewat. Akhirnya, detik jam yang menunjukkan hampir 2 pagi, keseluruhan majlis selesai. Walaupun dah lewat, tapi masih ada makcik2 dan pakcik2 HS yang tetap berada di sini melihat perjalanan majlis. Akhirnya, kami beransur ke ruang peraduan masing2 untuk mengira bintang dan syahid kecil.

picture of KBM credit to: Keindahan Bersama MU

January 27, 2010

Insya-Allah, slot pagi ini diteruskan oleh abang Qayyim Hafidzi dengan slot Islam Nusantara. Slot kali ini lebih meminta kita melihat kepada diri sendiri. Isi-isi abang Qayyim memang memberi kesedaran betapa kita sekarang sudah melupai sejarah.

1. Antara agenda penjajah terhadap kita ialah,

-putuskan hubungan orang Melayu dengan sejarah Islam
-pecahkan kesatuan orang Melayu
-timbulkan inferior complexs supaya nilai2 barat mudah diterap
-hidupkan sejarah sebelum Islam(kuatkan pegangan yang bertentangan dengan Islam)

2. Kegunaan Bahasa Melayu pada zaman dahulu

-sebagai linguafranca
-medium dakwah
-rakyat nusantara guna BM
-cepatkan proses penyatuan umat Islam

Slot ini berakhir dengan Abang Qayyim menyuruh kami merenung kembali, dalam slidenya yang terakhir 'Renungkan',

" Apabila jawi dipinggirkan, 

Apabila bahasa Melayu diketepikan, 

Apabila undang-undang syariat diganti 
dengan undang-undang British,

Apakah kita maju ke hadapan,

atau semakin mundur ke belakang... "


Slot petang itu ialah Keindahan Bersamamu a.k.a KBM. Bagi yang baru pertama kali menghadirinya, itulah masanya mereka merasai slot KBM.


Slot pertama ialah Nikmat Oh Nikmat yang dikendalikan oleh Kak Nina dan dibantu oleh Kak Mia. Slot dimulai dengan gelak tawa kami yang terhibur dengan 'game2' kak Nina. Kemudian diakhiri dengan airmata peserta yang sebak dengan ayat2 kak Nina berkenaan kegunaan nikmat yang Allah beri kepada mereka. Slot berakhir lebih kurang pukul 6.30 petang kerana akhawat sudah ingin mula memasak.

Slot malam dimulakan selepas solat maghrib dan isya'. Makan malam pada malam itu ialah paprik ayam. Ramai ikhwah dan akhawat yang memuji masakan malam itu. Hehe.. yeke?

Slot malam itu ialah Meniti Angin Malam a.k.a MAM. Slot ini benar-benar menginsafkan kerana membawa kami mengingati kematian.

Malam, Ummi Ida bermula dengan menanya beberapa peserta dengan soalannya, "Siapakah anda?" Kebanyakan peserta menjawab dengan memberitahu nama mereka, hamba Allah, anak umi dan abah, dan khalifah di bumi. Ada satu dialog antara peserta dengan umi yang masih di kotak fikiran ana kerana begitu kelakar ana kira,

Ummi: " Nama apa? "
Peserta: " Abid... "
Ummi: " Apa? "
Peserta: " Abid... "
Ummi: " Apa?"
Peserta: " Abid... "
Ummi: " Apa?"
Peserta: " Zainal... "

Hahah... Memang suara Abid tak begitu jelas waktu tu. Lalu diberi Abid nama depannya, Zainal. Ana rasa kelakar sebab baru ana tahu dia ada nama depan.

Kembali kepada slot. Slot diteruskan dengan pengisian-pengisiannya untuk menyedarkan kami. Kemudian, kami diberi sehelai kain hitam setiap seorang untuk menutup mata. Lepastu, setelah diminta berdiri dalam keadaan mata tertutup, kami mulai dibawa ke posisi yang berlainan dan diminta duduk.

Satu suara mulai bertutur diikuti sebuah adegan lakonan(semua dah dapat agak tu suare sape...). Selesai itu semua, kedengaran azan berkumandang. Kedengaran suara Pak Andak meminta ikhwah untuk bangun ke arah suara azan, diikuti dengan akhawat.

Lepas semua dah duduk, kami diminta membuka kain penutup mata. Alangkah terkejutnye kami apabila melihat dua batu nisan tercacak di atas sebuah kubur. Ada beberapa akhawat yang terkejut dan hampir menangis.

Pak Andak memberikan kata-kata keramatnya dan slot itu akhirnya ditangguhkan pada pukul 2 pagi.
 

pictures of KBM credit to: Keindahan Bersama Mu

21 Jan 2010 Flying Fox

Pagi tu puasa sunat. Bersahurkan nasi goreng kampung khas dari ikhwah. Namun, seperti biasa, sahur lewat dan tidak kurang juga ada yang tak sempat sahur sebab terlewat bangun. Mungkin kepenatan kerana program Survival semalam. Terngiang-ngiang lagi kata abang Khairul, " Memanglah Rasulullah galakkan sahur lambat, tapi tak ade lah sampai tahap kritikal macam ni. Lagi dua tiga minit nak azan baru sahur..." Kata Abang K sambil tersenyum.

Slot pagi itu dimulakan dengan slot Abang Ammar Mohd Zain dengan tajuk Takrif Dakwah. Slot ni dimulai dengan Abang Ammar menulis beberapa nama di atas sehelai kertas mahjong dan meminta para peserta supaya menceritakan tentang kisah2 mereka. Antara nama itu ialah,

-Ali bin Abi Talib
-Muhammad Al-Fath
-Usamah bin Zaid
-Muadz dan Muawwadz
-Ibnu Abbas
-Hassan dan Hussain
-Mus'ab bin Umair
-Asma' bt. Abu Bakar
-Nusaibah bt. Kaab
-Aisyah bt. Abu Bakar

Abang Ammar juga membentangkan tentang aspek2 dakwah seperti maksudnya, objektifnya, tujuannya dan lain-lain...

Petang itu, slot asal sepatutnya Flying Fox(FF) pada pukul 2 petang, tetapi telah ditangguhkan dek hujan yang lebat dan kilat yang menyabung. Namun slot petang itu di isi dengan slot First Aid oleh pihak kem.

Slot pertama ialah bantuan kecemasan kepada mangsa lemas yang dikendalikan oleh Abang Jin. Awi telah menjadi diminta untuk memperlakonkan watak 'mangsa lemas' dibantu oleh Murshid. Gelagat Awi dan Abang Jin memang mengundang tawa dari semua pihak. Akhawat hanya mampu menutup-nutup mulut menahan tawa. Abang Jin mengajar kami bagaimana untuk menggunakan CPR dan ECC.

Seterusnya giliran Abang Adnan dan Kak Alang menjadi pengendali untuk slot mengendalikan mereka yang dalam kecemasan seperti patah tangan. Sekali lagi Awi menjadi pelakonnya. Selepas itu, tiba giliran Abohmu memberikan sedikit 'ceramah motivasi' kepada kami.

Hujan akhirnya renyai-renyai. Selepas solat Asar, lebih kurang pukul 5 petang, Sarjan dan abang Jin tetap dengan sesi FFnye. Masih terasa hujan yang menitik di atas kepala. Untuk pergi ke puncak FF punye 'tempat terjun' (ana tak tahu ia dipanggil ape..heheh..), kami terpaksa meredah sungai yang berwarna teh susu. Akhawat sempat lagi bergurau untuk menghidangkan 'teh' tersebut, cuma tambah gula saja untuk rasa sebab warna dah ada.

Mulanya ramai yang menyangka meredah sungai itu biasa saja, tapi bila sampai di hujung, kami terpaksa menahan diri kami sekuat yang mungkin untuk melawan deras air sungai. Para akhawat mula khuatir melihat para ikhwah yang tinggi, tetapi air sungainya sudah takat dada. Bagaimana dengan akhawat yang rendah?? Gulp...

Selesainya ikhwah,tiba giliran akhawat. Kekuatan yang tidak seberapa mana terpaksa dikumpul demi melawan arus yang ganas sampai ada yang terpaksa dibantu kerana hampir ditewaskan. Alhamdulillah, semuanya dapat sampai ke puncak 'tempat terjun' dengan selamat...

Aktiviti FF dimulai dengan para ikhwah. Akhawat terpaksa menanti lama giliran mereka untuk terbang. Jam menunjukkan pukul 6.50 petang. Akhawat melihat bilangan ikhwah yang masih ramai, 'Masih adakah peluang untuk kami sampai ke bawah sebelum berbuka?' detik hati akhawat. Akhirnya, entah macam mana, Abang Jin membenarkan akhawat untuk turun dulu dan membiarkan ikhwah yang masih ada untuk bersabar. Dalam kegembiraan akhawat, terselit kerisauan, 'Macammana kalau ikhwah pandang2 kita?' Namun, akhawat terus maju dengan berpendapat, ikhwah baik2 belaka.

Ketika memakai harness, kedengaran Nabihah menjerit kepada ikhwah, 'Pandanglah belakang!' dalam loghat ganunya. Hahah..

Lepas tu, seorang demi seorang akhawat naik ke pengkalannya dan 'terbang'..  

Yes, I'm flying without wing... (nyanyi sikit...)

Akhirnya ketika akhawat yang kelima last turun, azan pun berkumandang. Kesian ikhwah2 dan akhawat2 yang masih di atas. Terpaksalah mereka menahan lapar lagi. Ana tak tahu mereka berbuka dengan apa di atas sana.

Selesai membersihkan diri, kami pun berbuka. Hidangan berbuka malam itu entah kenapa nampak begitu menyelerakan. Alhamdulillah, kami berbuka dengan penuh kesyukuran setelah penat meredah sungai yang ganas dan 'terbang'.

Malam itu, slot diteruskan dengan slot Abang Qayyim Hafidzi. Juga merupakan abang kepada salah seorang ikhwah, Mawardi Hafidzi. Slot abang Qayyim berseri dengan adanya dialog2 yang serupa setiap masa,

 Ikhwah: "Abang! Parkour , Parkour! "

Abg Qayyim: " Heh, parkour tu ape? "


Lawak sungguh...

Abang Qayyim membentangkan slot bertajuk Sejarah bermula dengan maksud sejarah itu sendiri. Antara isinya ialah, hubungan antara sejarah dengan pohon, sifat sejarah, sejarah tetap berulang dan banyak lagi. Slot ini mengajar kita betapa pentingnya sejarah itu untuk dipelajari dan diingati.

Slot abang Qayyim ditangguhkan buat malam itu lebih kurang pukul 11 malam. Slot itu disambung pada keesokan harinya.

January 20, 2010

Amaran : Sekali lagi Penglipur Lara menulis, arakiannya bersedialah nikmati indahnya hari sang putera puteri.

Ufuk terbit bagai mahu bercerita tentang indahnya peristiwa yang bakal didepani putra putri sekolah kehidupan pembaikan pada hari Rabu ini. Jeritan memanda abang K seperti normanya menghidupkan putra daripada terus asyik mengemudi bahtera alam khayalan beradu. Tika sang putra mula menyusup ke kolah putih permata, sang putri dengan segala kudrat yang dimiliki menyiapkan mee goreng untuk santapan warga sekolah kehidupan pembaikan. Gorengan mee tidak mengecewakan lantaran sang putra ada yang memuji walaupun wujud juga rasa tawar dalam gorengan itu.

Keindahan hari diteruskan dengan pentas luahan rasa dan cetusan pemikiran dibuka. Julung kalinya, memanda K yang memikul amanah memperacara pentas lisan ini. 5 pahlawan beradu kekuatan pemikiran dalam meyakinkan sekalian penonton. Wacana 'couple' dilontar oleh Abdur Rahman Rahim b###r, maudhu' variasi pula disambung oleh Afifuddin Melaka , sang putri dalam sinis berbicara tentang kaedah subuh awal, dan pentas berakhir dengan luahan garang Afif Mazlan dalam isu amanah. Pentas ditutup dengan kritikan membina oleh sang memanda K.

Tak lama kemudian, isian air keilmuan bermula. Sang ilmuan Dr Suryakhatun membuka jejak pengembaraan lautan pengetahuan dengan berkisahkan pengalamannya keluar dari masalah kereta ' Titanic ' selut lumpur. Iktibarnya, pergantungan pada kuasa Ilahi menjangkaui pemikiran akal serta kudrat sang hamba dalam atasi semaknya tribulasi menimpa diri.

Isian ilmu diteruskan dengan segmen teka-teki. Gambar dipapar dan sekalian putra putri hendaknya memikirkan apa makna surat dan sirat sebalik gambar tersebut. Tulisan pemikiran dijadikan umpan bagi putra putri menjawab soalan, hanya 8 sahaja umpan diberi.

Secara intihanya, emosi menjadi raja dalam memberi jalan keluar permasalahan. Dan emosi dikawal oleh empunya jiwa. Pergantungan pada Yang Kuasa menentukan kekuatan raja ini untuk mengawal situasi tribulasi.
Isian ini berakhir sebelum bang Zhuhur berkumandang.

Gendang perut berhenti berbunyi tatkala jam 3.30. Juadah daging dan menu berulang kali coslow, menjadi alat menghentikan gendang itu. Namun, putra putri terbit rasa terkesima tatkala penguasa sang Sarjan memekik dan melaung ibarat iklan Dequadian. Maka, bergegaslah sang putra dan putri menderu ke arah lapangan himpunan sebelum sang Sarjan mengamuk.

1001 alasan diluah bagi mengelak arahan " ekat revoc " dan pumping. Mana tidaknya, sang perot baru sahaja penuh. Namun tak ada apa yang bisa menghalang sang Jin dan sang Sarjan dari arahan 'ekat revoc". Putra putri bakal menjalani ikhtiar hidup bersama rimba pada petang ini. Sebelum berangkat pergi, dibekal oleh memanda K, 2 tin sardin bersama seplastik beras.


Laluan ke rimba tidak sesukar mana. Hanya jalanan biasa dengan ditemani Hulubalang Alang dan Laksamana Nan. Setiba putra putri, teruslah mereka berhempas pulas menyedia judah malam.

Dimulai dengan menggali lobang untuk si telur memanaskan badannya. Dugaan terhebat tatkala sang awan mula menjatuhkan air matanya ke bumi.
Putra putri terasa amatlah sukar menghidupkan sang api.

Muka-muka 'frust' menjaga api

Merah muka meniup sang bara api tak kurang juga mata menangis dek kerana asap yang menerjah masuk ke mata.

 Cubaan menghidupkan api

Terusnya mencari buluh untuk digubah menjadi puriuk, sudip dan thermos. Ilmu dari Jin diguna dengan baik. Ada juga putra yang tiba-tiba tak tentu hala tatkala miang buluh naik ke badan. Maka meronta-ronta sang putra lalu terjunlah ia ke sungai. Si sardin tak menemui sebarang sukar untuk memanaskan diri.

  Abang K ngelat makan maggi dulu...

Yang menjadi ingauan hanyalah si beras. Tak tahu cara apa untuk menggubahnya menjadi si nasi. Pabila ditanya tentang sukatan air kepada sang Jin, jawabnya, agak-agak ajelah. Tak ke panas hati putra putri. Maka agak-agak pun datang tika menyukat air.

Sebaik Awie selesai bang dan perhambaan maghrib dijalankan, bermula satu demi satu juadah yang siap untuk dijamah. Ada yang hebat dan ada juga yang buluhnya menghasilkan 3 dalam satu, nasi,kerak dan beras dalam satu masa.

 nasi buluh

Mujur rasa nasinya seperti nasi juga. Makan malam itu terasa sungguh syahdu setelah kepenatan masing-masing menjayakan hidangan rimba dengan cara buluh itu.

 
Group akhawat

Lauk buluh lebih enak rasanya disokong pula dengan peranan kebulur yang amat sangat maka, juadah itu berakhir disantap dengan sekelip mata.

Group ikhwah

Sebeum beransur pulang, sang Jin pula sudah mula melafaz ayat-ayat kesedihan tatkala keberadaan kami di sini tinggal segenap hari sahaja lagi  Namun itu juga x menghalang lafaz ' ekat revoc ' bergema. Maka meniaraplah putra putri sebelum berangkat pulang.

Perjalanan pulang agak sukar kerana hanya cahaya sang bulan dan sang handset yang menyuluh laluan.Ada yang tergelincir dan terlajak. Namun nikmatnya rasa tatkala tiba di kamar masing-masing. Bagi yang masih bernafsu makan, gerai buger diserang dengan pantas. Ramai yang gembira dengan ikhtiar hidup ini. Malam ini berakhir dengan rasa letih dan gema 'ekat revoc' berulang kali tanda puas dan syukur putra putri.
Slot pada pagi ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhaimin mengenai perkara-perkara yang belum tiba tapi akan menjelma sebagaimana yang telah tercatat pada kitab suci Islam, yakni Al-Quran. Menurut beliau, pelbagai perkara yang akan berlaku yang belum menjelma ialah sebelum, semasa dan selepas Hari Akhirat. Telah diceritakan kepada kami bagaimana keadaan manusia sewaktu kejadian-kejadian yang berlaku. Hal ini bukan lah rekaan semata-mata tetapi daripada firman Allah melalui Al-Quran.

Menurut beliau lagi, selepas kedatangan Dajal membawa kerosakkan di muka Bumi ini, Turunlah Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. mengikut sejarah, didakwaan para ulamak mengatakan, Dajal telah pun lahir ketika zaman Rasullullah. menurut mereka (para ulamak) lagi, ketika itu, Dajal itu masih seorang budak dan telah hilang dalam satu pertempuran yang dahsyat.

Selain itu juga, beliau juga telah menceritakan perkara-perkara yang berlaku sesudah hari kiamat ketika semua orang beriman telah dimasukkan ke dalam syurga. Katanya lagi, nikmat-nikmat yang ada di dunia tidak dapat menandingi nikmat yang ada di syurga.......

Pada malamnya pula, slot Ghazwul Fikr disampaikan oleh brother Nik Muhamad Suhaimi. Seorang pelajar UIAM dalam bidang bio engineering. Beliau menyampaikan pengisian berkaitan pengenalan serangan pemikiran yang telah dilancarkan oleh pihak kuffar. Berikut serba sedikit pengisian tersebut.

Raja Louis ke-6 merupakan pencetus kepada Ghazwul Fikr. Hal ini berlaku selepas tentera Salib mengalami kekalahan ke-9 dengan tentera Islam.

Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi, serangan ini lebih berbahaya kepada umat Islam. Hal ini boleh dilihat pada generasi muda Islam ketika ini.

serangan 5s dan 2f.
Sport, Smoke, Screen, Songs, Sex......... Food, Fashion.

Penyampaian Bro Suhaimi yang bersahaja dan diiringi dengan tayangan video-video menarik membuatkan ceramah tersebut terasa singkat.

17 Jan 2010

Merupakan sesi sambungan slot bersama Dr Harlina dengan  mengenai Kepelbagaian dan EI (Emotional Intelligent). Beliau memberi penekanan dalam beberapa aspek terhadap peranan diri kepada umat. Beliau menghuraikan sikap atau akhlak manusia, serta melontarkan persoalan dan pandangan beliau terhadap umat pada masa kini (Islam). 

( Sedutan pengisian Dr Harlina akan terbit dalam masa terdekat,, nantikan!! )

Malam itu, perkongsian pengalaman dan suka duka kehidupan di IPT dikendalikan oleh warden Abang K dan bro Iqbal.


Banyak juga perkara unik dan baru dapat kami pelajari. Kedua-dua mereka juga tidak lokek untuk memberi tips serta panduan dalam menghadapi 1001 macam cabaran di IPT kelak.

January 18, 2010

Again.....
Back with our young english friend (KhaleeD)

"Can't you guys even be thankful?!"

that's how I remembered our day started. Abang Khairul was a little piss off with the issue of yesterdays comment. He was mad to all of the boy's (including myself, I presume). He said that even after three weeks in MH-i some of us might not have change for the better.

Continuing with yesterdays "Challenges during University". Abang Khairul went on with us. He asked us to write down on a piece of paper on what was our weakness and strengths when facing these type of challenges.

While we wrote down them, Abang Khairul went on with his experience during the university moments. There were the matrices institution, institutions as starting points for students before entering the real university. I remembered him saying how we could get monthly salaries just by performing well in our studies. (maybe in like RM 1ooo to RM2000, that's a lot of money)

There were also the university moments, some of us he said would have to find our own place to settle down during university. He gave us tactics, advices and bonus information on what to do during those hard harsh times. (Bless Abang Khairul)

After a long emotional and invaluable moment about the university days, Abang Khaitul asked us to make sure of ourselves to be able to make that change when the time comes, you can't stay pampered for the rest of your life.

Continuing with the next slot which was the "importance of Tarbiyah" given by Abang Moja.
What I currently remembered was watching how he explained firewalls and how they work and protect the computer from unwanted intrusion (although I never knew why).

The importance of Tarbiyah was actually to prevent unwanted ideas from clinging towards our mind and our soul. It acts as a filter for unwanted information. Everybody has heardbthe simple idiom:
"Al wiqayah khairu minal i'laj"
Prevention is better than cure

We need to constantly remind ourselves with the rules and regulations Allah has put forth on us. Indeed we will be a blind ummat, witthout the remembrance and guidance from Allah.
What I could easily summarize was that, whether we like it or not, we are just human beings, and as human nature, we tend to forget things even if we don't. So we need to constantly remind ourselves or in other words "Tarbiyah".

Sometimes we say to ourselves that we could remember everything, but actually that's just one heck of a lie, because that couldn't possibly come true. Even Einstein had a hard time remembering the names of his relatives. We cannot be to egoistic with ourselves that we would blindly go through this world and be gone with it.

Just like early this morning's issue, whereby almost the majority of the ikhwah didn't like the cooking of the akhwat. Some of us tend to forget that MH-i isn't actually the perfect place, but the place to create perfection. It's alright if there were some dark spots here and there (although I wouldn't recommend it should be continued), because that's how we start our life. Didn't All ah said in the holy Qur'an that we start our life in the dark and blind and so Allah gave us guidance and light, and then Allah could easily blind us again. It's all about egoism.

I believe that if we all put our ego aside and remind one another, the world insyaallah would be a better, happier place. Amin.............................

January 17, 2010

Jan 16,2010

Note from writer and main editor:
this part of our journey in MHi we wrote in english mainly to enhance our english writing skills and vocabulary (although I'm actually really good in writing english essays) and so that there could be a little twist in this blog. Nobody likes a dull-one-color blog, so this is to sparkle it up, if you know what I mean. (even if you don't)

Subuh, 6.05 am
We were late. that's how I could explain it.  Some of us woke up from bed late while others were busy preparing breakfast which was prepared by Yasser and his teammate. It was very unlucky for us as on that morning too, Sarjan already stood by. He and Abg Jin were very angry to us since the discipline problems among us were still too significant even after 2 weeks of our program has past. So, without wasting a lot of time, we have begun that day with a few push-ups (50 does not sound few) as our punishment. Worried? Don’t be, we deserved it, after all it has been 2 weeks.

What looked like an all out torture game, went to the high hope adrenaline type of activity when we were shown the techniques of rappelling. The Briefing was kind of….. brief, maybe too brief. It looked too easy. You wear some kind of humongous spender that would protect your back and secure you to the rope (It was huge, not to mention tight) and then they’ll give you some metal piece that looked like a piece of eight (which I presume is its name) with some kind of ugly looking grappling hook (this is not what it is called, It has a different name). Looks simple, but once we got to the rappelling site you might say something like that.
Our short trek from our campsite to the rappelling site brought us to a high cliff, maybe considered small in some eyes, but you just have to wait till you reach the top and Abang Jin orders you to go down it. Now that was our problem. There wasn’t any demonstration on how we had to do this repelling, so we did it head on blindfolded. Like in the movies where some handsome young guy came rappelling down rescuing the damsel in distress at the bottom, the only thing was that we were the damsel in distress, and we were heading down not being rescued up.

Aabid, became the first unlucky person to go down the 3 storey cliff. There were some bumps here and there, and some embarrassing moments when others took their turn, some of us even got the chance to do “shuffle” on the cliff(how creative our teenagers nowadays).
There were in some of those unexpected cases where among us (disappointingly boys, I’m not going to point out who) who were afraid of going down the high cliff (Fear of heights). It took the combined courage of “Ustaz” Khairul and Abang Jin to force these type of scardy cats to "come down the tree".

Now some of us (including myself: Khaleed) had to trek back to the campsite early because we had to prepare lunch, so, sadly the part of akhwat's rappelling is not mentioned (hopefully they'll have the liberty to update it ASAP).

3.30pm
What was so special about today was that we had a whole lot of outdoor activities, and on this evening there will be our all time favourite: Treasure hunt. Now the game was simple. You're given a compass to find your way and find the last check point. Now the hard part was you had those "safe keeping stuff" (barang amanah). Every team had to safe keep the water in their team's respective plastic cup (more of a plastic cut into a shape of a cup). each teammate had to hold on to a piece of string that held the plastic cup and it's contents. We were iven a brief introduction about our compass and how we had to use it. Now you could say it wasn't that complicated (hey, anyone knows how to use a compass), well the ones we got were "upgraded" ones, these were the type of compass the was used during "compass orientation" (whatever that means), the "lecture"(it went for almost an hour) was given by Abang Jin.

With all those cool dials, and funny looking diagrams, we were ready to hunt for treasure. The idea was to point the direction of our next clue by using the compass and the information from our previous clues. You could say that the one hour lecture paid off because some teams finished in just a few minutes after they were given the green light. Unfortunately, some teams weren't so lucky, there was the sudden accident of tripping over a rock a spilling the water (which would cause a great madness from Abang Khairul if he knew) but somehow we managed it. By the time it was asar, almost all of the teams have located there last checkpoint. Congratulations!!!

9.00pm

Critical thinking. that was the name of tonight's slot from Dr.Harlina. with her were ( I assume) all the other members of JIM Hulu Selangor. May Allah Bless them, thankfully they brought extra food and rations, some of us were starving after an "all out" outdoor activity today.

Back to the critical thinking. It was mostly, well about how we're suppose to think. An intelligent Muslim (Said Dr.Harlina) wouldn't just follow anyone's rule blindfoldedly, they would think first and act appropirately. That was one of the objectives of this slot. The idea of critical thinking was to ask questions that would create concrete structures to be followed. We were given some funny yet mind blogging question for us to answer and comment to test our critical thinking ability, e.g:
The world wouldn't mean anything without a God. And yet, the world is full of meaningness. Does this means that God exist?

A spherical object creates a rounded shadow. The earth creates a round shadow on the moon. Does this proves that the earth is a sphere?

Answer it for yourself ( I know, i know, it does doesn't make sense, get it? LOL)
Now there were another two more slots with Dr.Harlina tomorrow. one about Emotional Intelligence and the other is our regular Malaysian known friend "Celebreating Diversity". Hopefully after this everyone will be a great critical thinker.

But there was still something bothering by the time this slot finished, a question raised by Suhaib:
If critical thinking is so important then that means we should ask as much questions when given an order to better our understandment. So, should we actually comment and ask questions orders that were given by our leaders or even maybe our parents so we wouldn't go blindfoldedly?

Answer it for yourself. And a little advisefrom Dr.Harlina for those hot heads out there who "thinks" they are critical thinkers: Don't question your parents orders!!!    

PS: This article was adapted and "mainly" writen by the editor (Don't ask who was it, you'll find out)but the brilliant ideas and knowledge is credited to Helios Knight. Thank you

January 16, 2010

Hari khamis menjelang kembali, puasa sunat yang wajib menghiasi hari nan indah ini. Patah riuk, sakit sendi, lenguh badan dan keletihan yang dirasakan akibat perlawanan futsal dan badminton malam tadi menjadi teman setia untuk hari khamis yang ketiga sepanjang kehidupan di Kem Lembah Genting. Syukur, pada pagi ini kami diberikan rehat oleh warden Abang K, tiada sebarang slot diisi kecuali atas inisiatif sendiri, dan inisiatif, peluang dan ruang ini secara jamaienya digunakan untuk melayari bahtera mimpi.
Sesi speaker’s Corner pada hari ini menampilkan, Mursyid sebagai pengerusi, Aiman ( English ), Mawardi ( BM), Helmi ( BM ). Banyak idea dan kreativiti peserta dapat dilihat bagi memberikan persembahan terbaik.

Selesai zohor, Kem Lembah Genting diceriakan dengan kedatangan seorang tokoh yang tidak asing dalam lapangan perjuangan da’wah iaitu Ustaz Alias Othman. Pengisian yang disampaikan berbunyi, ‘Generasi Muda Pelopor Perubahan’. Semangat dan kesungguhan ternyata jelas dalam penyampaian beliau. Antara pesanan yang penting yang dititip beliau ialah “ Jangan sekadar retorika “.




Semangat perlu diiringi dengan perlakuan dan tindakan. Sorakan semata-mata tidak membuahkan apa-apa. Kata-kata keramat yang masih lagi kami ingati teruntai dari mulut Ustaz Alias yang disampaikan dalam bahasa Melayu China ialah,

: “ Gua tak caya sama lu dalam ini kilja (da’wah ) sampai lu dah kawen, ada laki, bini, lu ada anak, lu punya kilja bagus, lu dah punya family, dan lu masih laghi ada dalam ini jallan ( da’wah ). Lepas tu, baru gua bole caya sama lu “.

Tersentak hati-hati ini dalam memikirkan kemampuan dalam meneruskan perjuangan da’wah hingga ke akhir hayat. Bukan mudah untuk istiqomah. Semasa sesi soal jawab, terdapat soalan, “ Ustaz, ustaz, umur dah 68 tapi energy maintain macam orang muda, apa rahsia ? Gelak kecil ustaz mendengar soalan itu. “ “ Kalau kita tolong agama Allah insyaAllah Allah akan bantu. Semuanya kerana rasa tanggungjawab dan amanah untuk Ustaz melaksanakan tugas ini,” jawab Ustaz.


Buka puasa hari ini diceriakan dengan kehadiran bubur lambuk kiriman pak cik mak cik JIM Hulu Selangor. Memang enak buburnya. Masakan peserta pula hanya lauk drummet ayam goreng dan kubis masak lemak.
Malam itu pula, kami dihidangkan dengan ceramah Fiqh daripada Ustaz Anisah tentang Fiqh Toharah dan Solat. Pelbagai isu dan masalah diutarakan oleh para peserta dalam menyelesaikan kekusutan yang dialami. Syukur semua persoalan dapat diselesaikan. Berakhirlah satu lagi hari dengan isian ilmu dan fikrah Islami. Terima kasih buat Ustaz Alias dan isteri kerana memberikan kami inspirasi yang besar dalam memikul sebagai khalifatullah dalam menyebar risalah da’wah. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kalimahMu perlu disebarkan.

Jan 7 dan Jan 5

Pada tanggal 7 jan,semua peserta mhi telah bangun pada awal pagi secara berjamaah luar biasa dari hari-hari yang lain.Hal ini kerana mereka semua wajib puasa sunat kali pertama di Genting Camp.

Melelehlah air liur kerana melihat lauk ayam yg dimasak banat,cukup menyelerakan.Semua bertungkus lumus mehamburkan nasi ke dalam mulut sebelum azan berkumandang,kebetulan pula semua bangun agak lewat pada pagi tu kononnya nak ikut sunnah.

Maka selepas selesai tadarus,bertebaranlah anak2 mhi mencari tempat terbaik untuk menyambung mimpi masing2.Tepat pada pukul 930am,kedengaran suara Ustaz K(Akh Khairul Fadhli) memanggil anak2 didiknya bersegera ke dalam dewan ceramah untuk slot Speaker’s Corner & Slot ceramah.

SC pada hari ni mempamerkan speaker2 yg hebat lagi mantap iaitu Dayat(“Penyakit Sosial”),Suhaib(“Eighteen”),Amir Farhan(“Smoke”),Syahida(“Ali dan atuknya”) dan Saifu Lizan(“Ori ke Bundle?”).SC dikomen oleh kakak Hana dan Ustaz K.

Slot diteruskan dengan “ISLAM IS THE TRUTHWAY OF LIFE”by brother Joanes Lucas.Sekali imbas pemuda berkaca mata ini macam seorang yang baru sudah Spm.Orangnya kemas berkemeja dan dahulunya beragama kristian dan telah peluk islam pada pada 1999.

Ceramah yang disampaikan menambahkan lagi kemantapan aqidah anak2 Ustaz K.Ceramahnya banyak berkisar tentang kisah keislamannya,penerimaan keluarga terhadapnya selepas merahsiakan keislamannya selama 3 tahun,siapakah Jesus,kerapuhan agama Kristian,mazhab2 dalam kristian,cara berdakwah kepada non-muslim dan holy water.

Anak mhi yang telah mula merasa lapar telah mula duduk tidak diam.Masing2 meneruskan qailulah(sunah tidur sebelum zohor) bagi mendiamkan perut yang asyik merungut.

Pada petang itu,anak2 mhi disajikan dengan ceramah “7 A’s Principles to Become An Excellent Musim”oleh Ustaz Kamal.Ceramah ini sangat menarik dengan huraian bagaimana unuk menjadi hebat dengan Amanah,Azam,Aksi,Amal Soleh,Adab,dan Anjakan(7 A’s).Semua anak2 mhi mula kepenatan dan keletihan.

Sekarang tibalah masa untuk berbuka puasa!Masa yg sangat ditunggu2 dan berderu-deruan mereka ke dewan makan untuk menikmati hidangan berbuka malangnya makanan malam masih belum siap.Hanya tamar dan cordial anggur sebagai alas perut.Selepas selesai solat maghrib,mereka terpaksa bersabar alasan yg sama,maklumlah masakan berbuka agak special dari biasa.

Selesai tazkirah dari Brother Mursyid a.k.a Reko bertajuk syukur,makan malam sudah siap dihidang.Maka makanlah dengan sepenuh hati akan anak2 mhi dan rasa sangat bersyukur terkesan dari tazkirah yang disampaikan walau nasi agak tidak sempurna masaknya.

Malam yang indah itu dihidupkan lagi dengan Slot “Blogging” oleh Brother Azree Hanafiah iaitu webmaster Raudahtussakinah dan Muslim’s Studio. Beliau mengajar cara membuat blog,bagaimana ingin ‘update’ blog dan tips supaya blog digemari ramai.


Berlabuhlah tirai malam pada hati itu.Semua peserta2 mhi mula bersiap sedia untuk tidur serta sedang berazam untuk mencipta2 blog masing2.Konklusinya sebagai seorang muslim kita mesti berda’wah walaupun dengan menulis blog serta beramal dengan nilai2 Islam yang terkandung dalam Alquran dan Sunnah.





Jan 5.


Pagi itu, telah disi dgn slot "Sirah Rasul" oleh Ustaz Muhaimin. yang mencerita bagaimana Nabi Muhammad saw diangkat menjadi rasul, sejarah agama islam yg bermula dgn Nabi Ibrahim sehingga perkembangan islam di mana telah mencapai tahap pembukaan kota Mekah yg dianggap sebagai diantara kejayaan besar umat Islam kerana berjaya menyebarkan agama islam keseluruh T.Arab al-Jazeerah.

di sebelah petangnya, Warga Mh-i telah menjalani aktiviti lasak iaitu, "Larian Berhalangan". Kapten telah dipermainkan oleh Abg Jin dgn tindakan abg Jin meletakkan Lumpur di atas kepalanya. seterusnya, kami sepatutnya pergi menjalani aktiviti "river crossing". Malangnya, sewaktu preparation sedang dilaksanakan, hujan tiba2 turun. yg lebih cemas, salah seorang ikhwah telah tercedera sewaktu hendak naik ke atas. hal ini menyebabkan kakinya tercedera (nama ikhwah itu ialah abdurrahman), dia terpaksa dibawa ke poliklinik yang berdekatan.
dengan lebih kurang 15 jahitan (tu banyak sangat), dia berjaya diselamatkan tanpa apa-apa kecederaan yang teruk.

Petang - 4.30pm
Sedangkan akhwat sibuk di dalam bilik ketika hujan lebat melanda, kaum adam pula berlari anak mencari tiang gol (yang diperbuat daripada buloh) untuk bermain bola sepak ketika hujan lebat ini melanda.

Walaupun dalam keadaan lebat sekalipun, ikhwah tetap bermain bola sepak, bertiangkan gol buloh dan berkaki ayam. Semangat lebih membara apabila Abg jin dan sarjan turut "join" bermain sama-sama. kumpulan telah dibahagikan kepada dua (dengan satu kumpulan membuka baju). dengan setiap gol yang dibuat daripada pasukan masing - masing semangat lebih membara. Ikhwah lalai bermain di dalam hujan sehinggakan terlanjak solat asar pada jam 6 petang. Astarghfirullah...........................

Semua warga ikhwah terpaksa berlari anak- anak untuk mengelak daripada warden - warden abang dan kakak apabila mereka telah mengetahui kita telah lewat solat.

Dua tiga kucing berlari,
Di mana hendak pergi jua,
Dua tiga peserta pergi,
Kena tangkap akhirnya jua.
malam, 7.30pm

Alangkah panasnya hati abang Khairul apabila melihat ramai ikhwah tertidur ketika sesi mathurat dan tazkirah. Kepenatan.......................

Pengurusan Kewangan.
Itulah nama slot pada malam ini. semua peserta terkial- kial, apa yang akan didiskusikan mengenai "pengurusan kewangan".
Slot ini disampaikan oleh Encik Harun Muhammad Yusof aka Hamdy, yang dipengerusikan oleh adik Fakhry. Untuk pengetahuan semua Encik Hamdy ialah bapa kepada seorang peserta MHi, Hadi.

Beliau menerangkan apa bisness yang boleh dilakukan seperti menjual top-up, CD, T-shirt dan alatan tulisan. beliau menerangkan yang iman dan amal kita banyak berkait dengan rezeki kita.

Diharapkan ramai peserta (lebih-lebih lagi akhwat) tidak menjalankan bisness berupa fizikal dan "kesyokkan" (faham-faham jelah) ketika di IPT kerana ia boleh menggugat iman.

Kebetulan malam itu adalah tarikh lahir Encik Hamdy.

Malam tu, selepas habis saja slot, kami digembirakan dengan pizza yang di sponsor oleh ummi dan pakcik Roslan. Kami pun kehairanan, awat tiba-tiba belanja pizza ni? Rupa-rupanya, malam itu adalah malam hari ulangtahun perkahwinan ummi dan pakcik Roslan yang ke-20. Tahniah, semoga ikatan itu sentiasa berkekalan sehingga di syurga sana...

January 14, 2010

Pagi dimulakan dengan sarapan yang sungguh "biasa". Roti dicicah mentega beserta gula. Walaupun agak lain juga (aka "simple) tapi sarapan tetap sarapan. Chef pada pagi itu merasakan yang tema pada hari itu ialah "simple but superb".

Pada jam 9.30, kami dikumpulkan di dewan bagi sesi "speakers" corner.

Basyeer sebagai MC
Arif, yang menceritakan tentang zaman rempitnya dan bagaimana dia telahpun insaf (Alhamdullillah, moga Allah berkati dia), kemudian Adib yang menceritakan mengenai bola sepak (sekali lagi) yang mana wujudnya pelbagai taktik dan strategi.

Slot speakers corner semakin hangat dengan cerita Arif dan zaman rempitnya tetapi terpaksa ditunda kerana Penceramah untuk slot ABJK, iaitu Ummi Ros dan Ummi Yus.

"Anda Bijak Jauhi Zina"

Suatu frasa yang sering kita dengar tetapi tidak menghayati. Semua peserta (lebih-lebih lagi ikhwah) telah memberi perhatian 200% pada slot ini kerana ilmu yang akan disampaikan. Bermuqaddimahkan lagu "Flying without wings" oleh westlife, suatu detik untuk menghayati slot ini tertanam kedalam kita semua (harap-harapnya begitulah).

Ummi Yus dan Ummi Ros telah mendiskusikan Pertukaran remaja apabila meningkat umur:
  • Perubahan Fizikal
  • Perubahan Emosi dan pemikiran-yang membawa kepada "mood swing", tahap kewarasan dan kematangan serta tekanan cinta (ya, ini memang sering berlaku)
  • Narcisma-iaitu ketagihan cinta
Seterusnya ialah mengenai budaya hedonism. hedonism ialah suatu budaya yang mementingkan keseronokan.
"Plesure is the highest good,
Whatever causes pleasure is a right"

itulah moto mereka. Ummi telah membincangkan bagaimana budaya ini menghakis keagamaan dalam remaja dan mendorong remaja kearah kemaksiatan, lebih-lebih lagi zina. Muka depan surat khabar terpampang dengan gambar remaja melakukan maksiat: rempit, coupling, lepak dan zina. Semua ini bertentangan dengan ajaran islam yang membawa kita kepada keseronokan di akhirat sana.

Persoalan yang timbul: Ada apa dengan cinta?
Cinta adalah penggerak
yang menjadikan kita orang yang terbaik

atau
Orang yang terburuk

Ummi menyatakan yang cinta agung ialah:
  • Cinta Kepada Allah
  • Cinta Kepada Nabi dan Rasul
  • Cinta kepada ibubapa
  • Cinta kepada ummah
  • Cinta kepada kecemerlangan
Antara akibat melakukan zina adalah seperti gugur anak, penyakit kelamin, dan AIDS. Ummi Ros mengakhiri slot ABJZ dengan muhasabah diri dengan cerita-cerita Rasullullah yang membebankan dirinya demi menjaga ummatnya. Slot ini berakhir pada jam 1 tengah hari.

Pada jam 3.30 petang kami sambung "speakers corner " (minta maaf kerana terlupa siapa yang berucap), dan seterusnya dengan latihan futsal untuk malam ini.

Ana terlupa untuk beritahu yang malam ini akan diadakan perlawanan futsal (bagi ikhwah) dan badminton (bagi akhwat). Sejurus selepas solat Isya' berjemaah, kami bergegas menukar pakaian untuk aktiviti ini yang akan berlangsung di luar kawasan kem kita.

Ikhwah berduyung-duyung mencari tempat duduk dalam bas, walhal akhwat menaiki kereta. Alhamdullillah tempat yang kami akan mengadakan perlawanan futsal dan badminton adalah tempat yang bagus fasilitinya, dengan padang futsalnya sendiri diluar dewan beserta kedai kopi di depan.

Dalam perlawanan futsal itu, kumpulan dibahagikan mengikut kumpulan task yang sedia ada, dengan tambahan kumpulan bagi abang-abang fasilitator dan ahli JIM. Perlawanan yang pertama telah bermula dengan hangat apabila kumpulan Alpha-ace mengalahkan kumpulan Brainstorm dengan gol 5-1 (ni bukan salah Hadi ye). Suatu perlawanan liga diadakan antara semua pasukan supaya semua orang dapat bermain. Antara perlawanan yang susah untuk dilupakan ialah perlawanan antara pasukan Ikhwah dan kumpulan fasilitator. Perlawanan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran "Ustaz" Khairul bagi membantu pasukan fasilitator.

Pada jam 12 tengah malam tepat bas kami telahpun tiba dan Abang Khairul berlari kesana-kemari memanggil supaya semua peserta gegas masuk bas. Semangat tinggi dalam aktiviti riadah ini harap dapat disematkan dalam kehidupan seharian.

Beralih pula ke gelanggang akhawat. Ana tersalah tadi. Akhawat jugak bermain futsal dalam gelanggang tertutup sebelah gelanggang terbuka ikhwah. Makcik Salmi(wanita JIM Hulu Selangor) telah dijemput sebagai penjaga gol. Pasukan akhawat telah bermain dengan begitu bersemangat. Kedengaran lah suara riuh-rendah mereka lantaran terlalu happy dapat bermain futsal atau lebih tepatnya dapat keluar melihat dunia luar dan tak hanya terkongkong di kem lembah genting. Walaupun ada yang baru first time main, namun kepakaran dan bakat terpendam mereka tetap terserlah mengalahkan pasukan ikhwah. Kalaulah ada match antara ikhwah dan akhawat, tak mustahil pasukan akhawat akan memenanginya kerana mereka ada bakat2 terpendam yang tak mampu diluahkan dan ditonjolkan di khalayak umum.

Pada sudut yang lain pula, nun jauh di atas pentas gelanggang tertutup futsal, kelihatan lah beberapa orang akahawat yang sibuk bermain badminton. Siap buat pertandingan secara beregu lagi. Geng kamceng main badminton ialah marhamah,asma' nahar,hani,zati,aishah,hajar,maariah,muslihah,khadijah dan k.erit. Dan yang selebihnya bermain futsal(asma' sahrim,siti,musfirah,nabihah,syahida,assyahida,nabilah,roy,aishah dan marwah). Akhirnya pertandingan badminton yang berlangsung di antara akhawat telah diganggu oleh kehadiran ikhwah yang ingin bermain futsal di gelanggang akhwat. Dan kami hanya tawakkufkan match badminton tu tanpa mengetahui siapakah pemenangnya.

Ikhwah sungguh asyik bermain futsal pada malam itu sehingga detik 12 malam. Di kala itu, akhawat hanya menjadi penunggu setia mereka di samping merapatkan ukhuwwah sesama akhawat, makan burger,tonton tv dan tak kalah jugak ada yang dah terlentok kepenatan. Sungguh asyik ikhwah2 MH-i bermain futsal tanpa concern kan perasaan akhawat yang dah kecapetan bangat... Alangkah bagusnya kalau semangat sebegini terus berkekalan untuk kerja2 dakwah,bukan sekadar bersemangat di gelanggang futsal.

Akhirnya,bas yang dinanti-nantikan tiba pada jam 12 tengah malam. Akhawat cepat2 menyerbu ke kereta pakcik2 untuk kembali ke kem sementara ikhwah menaiki bas. Alhamdulillah,perjalanan pulang kami selamat dengan izinNya. Sampai di kem, kami terus istirehat secukupnya kerana esoknya kami akan bangun untuk bersahur. Sebelum terlupa, group ikhwah yang bertugas untuk memasak pada hari tersebut telah dikehendaki untuk menyediakan makanan sahur untuk esoknya sebelum tidur.

January 13, 2010

Pada pagi itu, kami berkumpul di dewan utama dengan memakai pakaian formal untuk mendengar sedikit taklimat mengenai lawatan kami ke Darul Quran. Kami dimaklumkan lawatan kami ditaja oleh Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak. Pada pukul 9.30 pagi kami bergerak dengan menaiki sebuah bas sekolah. Ikhwah yang tidak mendapat tempat duduk di dalam bas telah menaiki kereta. Sebelum terlupa, kami menikmati sarapan pagi yang dusediakan oleh pihak ikhwah iaitu sandwich telur.


Tiba di Darul Quran, kami berkumpul di perpustakaan. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh seorang ustazah. Kemudian diikuti ucapan abang Khairul yang digelar “ustaz” oleh ustazah tersebut. Kami tertanya-tanya sejak bila abang Khairul naik pangkat? Hehe... Ucapan seterusnya diberi oleh Ustaz Hanafi berkenaan serba sedikit sejarah dan fungsi Darul Quran. Antaranya ialah untuk melahirkan Huffaz, Qura’, Du’at Selain itu, antara diploma yang disediakan ialah Diploma Tahfiq Al Quran dan Hadis.Antara kelayakan pelajar untuk memasuki Darul Quran mestilah berumur 18-25 tahun, mempunyai sijil SPM dan lulus bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, dan bahasa Arab. Selain itu, terdapat juga program untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dari segi penglihatan. Mereka diminta untuk menghafal 6 juzu’ sahaja.

Seusai menikmati kudapan pagi, kami melawat ke tingkat atas perpustakaan tersebut yang menyimpan mushaf Al Quran dari serata Dunia yang menjadi pameran di dalam kotak berkaca. Tetapi pihak akhwat tidak sempat meninjau pameran tersebut kerana ikhwah mengerumuni pameran tersebut disamping masa melawat perpustakaan telah tamat. Time’s up!

Selepas itu, ustazah itu telah mengiringi kami melawat ke beberapa kelas antaranya kelas bahasa Arab



dan kelas Orang Kurang Upaya (OKU).

Kami sampai ke kem Lembah Genting pada pukul 2 petang. Makanan tidak disediakan oleh ikhwah tetapi dibeli oleh abang Khairul iaitu nasi ayam dan air soya. Petang itu, slot diteruskan pada pukul 5 petang bertajuk menservis automobil oleh Muhd Zamani bin Abdullah dan Riza bin Zakaria. Kami didedahkan dengan komponen-komponen yang terdapat pada badan kereta.Walaupun kepenatan, kami semua mendengar penjelasan beliau dengan teliti(hehe)..


Setelah mendengar penjelasan daripada beliau, akhowat menghadiri sesi praktikal manakala ikhwah akan menghadirinya pada masa yang lain.Akhowat ditunjukkan komponen-komponen dalam kereta dan cara-cara untuk menjaganya.Semua akhowat begitu responsif. Pada sebelah malamnya,kami mengikuti ceramah mengenai Hinduisme.pendedahan ini diberi oleh Ustaz Fitri Abdullah, iaitu seorang yang telah dididik untuk menjadi ‘ustaz’ dalam agama Hindu sebelum islamnya.

Beliau menjelaskan serba sedikit mengenai agama Hindu dan cara-cara untuk berdakwah kepada orang Hindu.Baliau juga menunjukkan terdapat ajaran Islam dalam agama Hindu,Contohnya dalam agama Hindu sebenarnya terdapat ajaran bahawa Allah Itu Esa atau dalam bahasa India “ Dev Maha Osi”. Sungguh menarik! Program pada hari ini berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

January 12, 2010


Pagi itu aman dan damai sekali [warga MH-I tidur kepenatan setelah menjalani "night walk" hingga jam 2 pagi] Breakfast juga siap lambat sedikit dari biasa. Jam 11 pagi abg khairul mengerah semua peserta untuk bangun dan datang ke dewan untuk sedikit taklimat. Aktiviti harian lain diteruskan seperti biasa. Pada petangnya kami didatangi oleh Abg Moja bagi slot "Tentang Palestin" [ suke pix yg diambil,pnuh seni] dah lama rasanya tak mendengar isu palestin. Terasa hangat kembali rindu yang selama ini terbungkam buat teman-teman di palestin.Malamnya pula kami kami dihidangkan dengan satu slot khas yang sangat menarik! slot "buddhism" oleh bro Muhd. Assamarqandi Lee Abdullah. kisah yang disampaikan seolah-olah datang menjengah ke pintu-pintu hati kami. Gaya penceritaan yang menyentuh hati hingga membuatkan beberapa pasang mata menitiskan air mata. [ urm,dah lama tak outdoor kan??]
10 jan 2010

Pagi kami dimulakan dengan slot “career talk” yang disampaikan oleh pakcik Abdul Jalil Abdullah,kaunselor UTP. Pada awalnya,pakcik menekankan tentang bagaimana untuk membina generasi cemerlang duniA + Akhirat. “Ada apa dengan dunia dan akhirat?”,lontaran persoalan oleh pakcik abdul jalil membuatkan kami berfikir sejenak. “Ha, ada apa ye?”. Akhirnya persoalan tersebut terurai bahawa duniA dan Akhirat ada ‘A’. Pakcik membina semangat dan motivasi diri kami bahawa kita mestilah mendapat A untuk dunia dan akhirat. Pakcik juga menekankan kita mestilah membuka minda melalui penerokaaan.

Slot diteruskan dengan penarangan tentang peluang pembelajaran yang terbuka luas pada masa kini. Kami didedahkan tentang flow ke IPT selepas SPM. Sebenarnya kita bukan sahaja terikat dengan memasuki pusat asasi, pusat matrikulasi atau diploma sebelum menggenggam segulung ijazah tetapi, masih banyak cabang dan ruang untuk ke IPT. Yang penting mestilah tidak berputus asa dan mempunyai minat untuk menambah ilmu. Bak kata pepatah Arab, man jadda wajada, waman zaro’a hasoda.

Seterusnya, kami dikehendaki membuat pembentangan dalam kumpulan tentang minat setiap orang terhadap bidang yang ingin diceburi selepas SPM, faktor pemilihan, halangan yang dihadapi dan langkah mengatasi. Pelbagai jenis kursus yang telah dibentangkan yang menunjukkan peserta MH-I mempunyai minat yang berbeza dan berfikiran jauh.

Sebelum slot berakhir, pakcik memperkenalkan sejenis permainan yang menguji minda dan kreativiti kami iaitu permainan ‘ paku terapung’. Kami dikehendaki meletakkan 10 batang paku di atas sebatang paku yang telah dilekatkan ke bongkah kayu.


 Kumpulan akhawat berjaya menyelasaikannya terlebih dahulu dan ini menunjukkan bahawa akhawat lebih kreatif daripada ikhwah. Kesimpulan daripada permainan ini ialah kami dikehendaki sentiasa meneroka peluang yang ada baik di depan mata ataupun tidak. Kita juga mestilah sentiasa bertanya kepada orang yang lebih mengetahui jika tak tahu. Pakcik juga menggalakkan kami sentiasa melayari jobstreet.com untuk mengetahui peluang pekerjaan yang ada yang dapat diceburi jika kita mempelajari sesuatu course.

Malam itu, kami bersiap dengan berpakaian sukan sebelum makan malam kerana telah sedia maklum tentang aktiviti seterusnya iaitu NightWalk. Ada yang excited dan ada juga yang ketakutan(adala sesetengah akhowat tu…).

Night Walk bermula lebih kurang pukul 10.00 malam. Sebelum itu, kami telah di’scan’ untuk memastikan tiada sesiapa yang membawa handphone ataupun torchlight. Kami beratur di dataran Kem Lembah Genting sambil menunggu arahan Abang Jin a.k.a Tok Jing(akhowat je yang gelar gitu…). Seperti biasa, ‘take cover’ akan berlaku. Habis je pembacaan doa oleh Aqram, kami terus dipandu oleh Abang Jin, Sarjan, Kak Alang,beberapa org pembantu lain, Kak Erit,Abg Khairul dan Abg Iqbal menyusuri jalan yang tidak pernah kami lalui sebelum ini, iaitu di belakang sungai. Itulah permulaan pengembaraan kami.
Program yang dijangka habis pada pukul 3 pagi ini bermula dengan satu suasana yang sejuk. Masa terus berlalu dan kami terus berlalu dengan sebahagian ikhwah di depan, akhowat di tengah, dan sebahagian ikhwah lagi di belakang disuluhi cahaya bulan dan torchlight pemandu-pemandu kami. Setelah perjalanan demi perjalanan, sampailah kami di satu lading kelapa sawit. Di dalam ladang itu, kami semua disuruh duduk di pinggir jalan dengan ikhwah dan akhowat saling berhadapan (dun worry, jarak antara kami jauh dan masa tu gelap, tak nampak muka pun…).

Di situ, sesi muhasabah oleh Abang Khairul dan Abang Iqbal pun dilaksanakan. Ucapan yang diberi memang menyentuh sanubari. Rugilah bagi mereka yang mendengar dengan ego dan keras hati. Di sini, ‘mereka; diberi peluang untuk berubah, tapi setelah dua minggu, perangai yang sama masih ada. So, abang Khairul dan Iqbal minta agar berubah dengan ikhlas dan jangan menjadi mangsa.

Setelah itu, Abang Khairul, Iqbal dan Kak Erit, diminta untuk meninggalkan kami di situ bersama Sarjan dan lain-lain. Beberapa akhowat mulai cemas (heheh..apakah yang bakal terjadi?*evil*). Kami akan dilepaskan seorang demi seorang ke dalam ladang itu, kata Abg Jin. Ikhwah dilepaskan seorang demi seorang, tetapi akhowat dibenarkan berdua. Ramai yang termasuk di dalam lubang yang penuh dengan air lumpur. Perjalanan itu berakhir apabila kami bertemu jalan keluar iaitu jalan raya.

January 11, 2010

AMARAN :
1. KISAH INI SANGAT SERONOK.
2. KISAH INI MENGGUNAKAN BAHASA LAMA YANG KETERLALUAN, SABAR DAN TEKUN  SANGAT DIPERLUKAN BAGI MENIKMATI KEINDAHAN KISAH





Tersebutlah sebuah kisah sekumpulan pemuda serta pemudi 'sekolah kehidupan pembaikan ' berangkat dari Lembah singgahsana  Genting menaiki 11 kenderaan diraja menuju ke Serendah untuk menghadiri majlis beramah mesra serta pameran akhlaq mahmudah bersama rakyat asli di Kampung Ulu Melaka.

Seawal 7 pagi putera puteri ini dikerah oleh memanda Khairul untuk bersedia dengan ketibaan kenderaan diraja. 11 kenderaan ini ditaja oleh 'kumpulan pembaikan Malaysia' dari sebuah Hulu di Selangor. Keberangkatan putera dan puteri ini dihiasi dengan pemandangan serta suasana bersih, nyaman dan tenteram cuma dikejutkan dengan kehadiran sang anjing sedang berlegar di merata tempat. Pun begitu kehadiran mereka dirai bagai keluarga oleh rakyat setempat. Ramah mesra serta lapangan berkenalan terjalin sejak awal pertemuan dengan rakyat asli di sana.

  Majlis rasmi pembukaan telah dijalankan oleh putera Hamzah Ipoh  disusuli dengan simpulan tinta bicara terima kasih serta kisah sang gorilla dan singa oleh putera Akram Seremban. Seterusnya untaian bicara dari Bendahara Pak Cik Arifin selaku YDP 'kumpulan pembaikan Malaysia' Hulu Selangor. Tak cukup dengan itu, Penggerak Rakyat Asli , Puan Sabariah turut berjenaka dalam mengalukan kehadiran putera dan puteri barunya.








Sebaik lapangan berkenalan selesai, maka berangkatlah putera-putera  gagah perkasa ke medan perjuangan. Walaupan ibarat telur di hujung tanduk, retak menanti belah, diluah mati anak ditelan mati bapak, namun putera-putera tampan ini tetap tegar menyahut seruan jihad dalam mengatasi kumpulan rakyat asli dalam pertempuran sepak bola.

Pertempuran sangat dahsyat dan menggerunkan, tatkala rakyat asli beraksi dengan semangat jitu dan kepantasan seperti jaguar berbekalkan kaki besi konkrit serta kekuatan Super Power. Putera-putera
'sekolah kehidupan pembaikan' diratah bagai ikan bakar dengan serangan bertali arus, tak pernah putus dari rakyat asli. Namun dek kerana maruah serta sokongan bendahara-bendahara dan tukang adil maka tetap putera-putera bertahan.




Separuh kedua menyaksikan kebangkitan perjuangan putera-putera dalam mengilham serangan. Cubaan-cubaan jarak jauh kerap kali digagalkan oleh tukang jaga gol rakyat asli yang bermain cemerlang. Moral putera-putera terus membakar pabila tukaran pemain berlaku. Dalam kebuluran dan keghairahan mencari gol, gapura gol putera sesekali diasak dengan serangan bola peluru berpandu. Mujur, tukang jaga gol putera dan benteng tahanan yang dipimpin putera Hazmi MRSM Pendang dan Atif Al-Manar tetap berjihad untuk mengelakkan bola peluru berpandu masuk ke gapura gol.




Setelah seketika berjuang, tukang adil mengarahkan perjuangan ditentukan dengan terjahan penalti. 6 tukang terjah dipilih. Terjahan putera Mawardi Nusantara, Basyir Ipoh, Marwan Beseri dan Adib Kedah menemui jaring kegembiraan. Kehebatan diteruskan tatkala tukang jaga Hazmi Pendang meramas 4 terjahan rakyat asli  tanpa segan dan gementar. Sorakan takbir dan hamdalah bergema seketika. Tercenganglah bendahara-bendahara dengan kemenangan anak buahnya.



Kisah yang sama sekali berbeza dengan perjuangan puteri-puteri dalam mengkhabarkan perjuangan kebersihan diri kepada si kecil rakyat asli. Layanan terhadap si kecil ditanggung dengan penuh kesabaran terhadap kerenah dan telatah unik. Sesi meramas rambut, sisiran helaian kepala,memansuhkan kutu, pemendekkan kuku serta menyental gigi antara amanah perjuangan yang dipikul dengan semangat jihad.











Al maklum, hidupnya rakyat asli cilik ini dengan suasana berlainan membuatkan puteri-puteri mempelajari strategi memikat perhatian.

Perjuangan diteruskan dengan majlis aneka suka melalui pertempuran menjejaki gula-gula dalam timbunan tepung, memindahkan biskut guna mulut dan tarian ayam. Umpan belon, manisan gula-gula dan jeli memudahkan tugasan.

Sebaik selesai jihad putera dan puteri mereka dijamah santapan golongan diraja oleh rakyat asli. Nasi dan lauk dalam periuk dan kuali buluh ternyata mengilhamkan terkesima yang amat bagi putera puteri 'sekolah kehidupan pembaikan '. Unik dan sangat enak.

Pengembaraan putera tidak terhenti tika itu sahaja, mereka seterusnya dibawa ke terjunan air sungai yang sangat indah dan mempersona. Sejuk dan nyaman bangat. Keindahan terjunan air itu menginspirasi ketakjuban terhadap kuasanya yang Maha Pencipta. Gumbira rasa jiwa semasa mandi bersama teman  'sekolah kehidupan pembaikan'. Syukur padaMu Ilahi.





Tatkala jasad alami penat terlampau, saat itulah putera puteri diusung keluar juga menerusi kenderaan diraja ke Istana Kumpulan Pembaikan Malaysia Hulu Selangor di Serendah. Istana yang baru dibaikpulih ternyata memang selesa dan indah sekali. Petang itu masa jasad direhatkan lalu putera-putera gagah beradu dengan nikmatnya.

Selesai perhambaan Maghrib, putera puteri dijamah dengan masakan diraja yang sekali lagi ditaja oleh pihak Istana. Memang suka rasa hati, sudahlah menumpang beradu, dijamah pula dengan hidangan briyani daging.
Tatkal jam mengisyaratkan 9.30 satu 'taman syurga' disiapkan buat putera puteri. Majlis dikendali oleh sang alim, Pak Cik Roslan Muhamad. Ternyata taman syurga ini sangat menguja dan terasa hebat kerana penyampaian yang lucu, penuh ilmu dan kesedaran hakikat dunya dan hidup. Sesi ini membuatkan putera puteri seolah diketuk dengan hakikat yang putera puteri sama sekali ambil lewa.

Hari ini tidak ditutup sekadar itu sahaja, dengan kemurahan hati dan baiknya budi memanda Khairul, putera-putera dihidangkan dengan pertunjukan sepak bola di warong yang hampir iaitu antara pasukan Meriam dan Selamanya Ton. Pelepasan hingga jam 3 diguna dengan cermat.
Sementelahan penatnya, putera pun masuk beradu dengan jutaan indahnya pengalaman yang tak bisa dilupakan. '" Ribuan pun bukan, jutaan pun bukan. Haa,   infiniti terima kasih buat bendahara JIM Hulu Selangor atas jasa dan pengorbanan kalian "', kata putera puteri ' sekolah kehidupan pembaikan; sebelum melelapkan mata.